Friday 10 August 2012

PERSIAPAN HARI RAYA :)

hari ini 11 OGOS 2012 bersamaan dengan 22 RAMADHAN 1433 hari sabtu . ini bermakna tinggal seminggu sahaja lagi kita berada dalam bulan ramadhan . selepas itu , ramadhan akan meninggalkan kita , dan SYAWAL yang menemani kita . apabila syawal diumumkan , maka semua umat manusia akan berasa gembira menyambut aidilfitri . perlu diingatkan , sambutlah aidilfitri dengan cara bersederhana

" P E R S I A P A N  H A R I  R A Y A "

cerita sahaja tentang persiapan hari raya , di seluruh tempat umat islam , pasti akan sibuk . tidak cukup tangan rasanya hendak menyediakan segala keperluan . terutamanya , bagi orang yang berniaga keperluan hari raya seperti menjual kerepek , biskut raya , kuih raya , menjahit baju raya , menjahit langsir raya , dan pelbagai lagi aktiviti yang meriah . 

bagi suasana di kota raya , pelbagai promosi dan potongan harga dibuat bagi menarik perhatian orang ramai membelinya .lagu lagu hari raya juga telah dimainkan tidak kira pagi , petang dan malam . di hulu luar bandar pulak , barisan pelita tegak didirikan dan lampu kelip kelip dipakaikan sekeliling badan rumah . ketupat , lemang dan dodol mula dimasak diluar rumah .kad raya juga menghiasi dalaman rumah . di setiap jalan pula di hiasi dengan tergantungnya ketupat , bintang dan bulan  amboi ! meriahnyaa .

" warna tema hari raya tahun ini apa ? "
" berapa pasang baju raya tahun ini ? "
" raya di mana tahun ini ? "
" kuih/biskut dibuat atau dibeli ? "
" berapa target duit nak bagi duit raya ? "
" berapa target kutipan duit hari raya pada tahun ini ? "

banyak lagi soalan yang ditanya oleh orang sekeliling kita . betul ? apa pun , biarlah persiapan kita sekadar sederhana sahaja . JANGAN lupa kepada yang telah tiada jugaa yaa . hey , apabila hari raya , MERCUN dimainkan bagi meriahkan lagi suasana . namun perlu diingatkan , MERCUN sangat BAHAYA ! kerana mercun , ada orang yang tidak dapat menyambut hari raya . tiada istilah kata mercun tidak merbahaya . ohhh tidak . 

pesanan juga kepada manusia yang bakal pulang ke kampung halaman bagi menyambut aidilfitri , SILA MEMATUHI PERATURAN JALAN RAYA ! INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG :) biar lambat , asalkan selamat . ingat itu ! 

daripada : AISYAH AQILA