Tuesday 5 March 2013

PEPERANGAN !

Angkat tangan, Jangan bergerak !
Perang ! Perang ! Perang !
Fikir ! Fikir ! Fikir !
Cari strategi. Cari Jalan. Cari Segala galanya agar semuanya berakhir :)

Heeeee. Hi Buddies Semua ! 

Maaf kerana sudah lama menyepikan diri. Maklumlah menjadi pelajar IPT ni semakin sibuk. Assgment. Quiz. Test. Exam. memang menjadi S A H A B A T baik. Ohh yaa, berbalik kepada topik. Mesti Kauorang nak tahukan apa yang PEPERANGANnya kan kan kan ? Haaaaaa. Peperangan yang aku maksudkan adalah PEPERIKSAAN

Good Luck Buddies :)
Kebanyakkan institusi sedang menjalankan peperiksaan atau ujian pertengahan tahun. Oleh itu, Ucapan semoga kauorang dapat buat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan oleh Yang Maha Esa dalam minggu peperiksaan ini :) Study Smart okayy. Apa yang penting, USAHA, DOA dan TAWAKAL. Tak guna tau kalau minum air satu perigi, makan itu ini, tapi kalau tak ulangkaji, tak ada hasilnya. Ohh yaa, sebelum aku terlupa, Good Luck juga kepada semua adik adik yang akan mengambil keputusan SPM. Kalau tak silap, in shaa Allah, 20 MAC 2013 ini, keputusan akan keluar :) semoga adik adik dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. semoga rezeki Allah buat adik adik semua sentiasa ada.

Di kesempatan ini, aku juga harap kita semua mendoakan keselamatan semua pewira Malaysia yang berjuang untuk mempertahankan tanah air. Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada pewira ibu pertiwi. Amin Ya Rabbal Alamin. 

Nurkilan aku terhenti di sini. Semoga kita berjumpa lagi pada waktu yang lain. Semoga Allah merahmati kauorang semua. Mohon maaf sekirannya mencalarkan hati mana mana pihak. Insan lemah ini mampu terus berdoa untuk kebaikan kita bersama. Amin Ya Rabbal Alamin
.
Salam Rantauan, Aisyah Aqila.