Friday 20 March 2015

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR BERSAMA PELAJAR TAJAAN YAYASAN BANK RAKYAT




*kemas belog tersayang*
Alhamdullilah. Hi manusia sekalian ! Sihatkah kalian ? *sihat* Alhamdullilah. 



Ya ya ya ya ya. AA tahu dah lama sangat tak hapdateeee belog ini. Maklumlah, sejak kerja ni makin terabai belog kesayangan ini. *Sua lolipop* Okayyy, AA taknak berceloteh panjang, kembali ke topik asal. 




MISI BANTUAN BENCANA BANJIR BERSAMA PELAJAR TAJAAN YAYASAN BANK RAKYAT. 



Kami barisan pelajar-pelajar tajaan yayasan bank rakyat seramai 28 orang dari pelbagai universiti berkumpul bersama-sama berganding bahu bagi melaksanakan misi bantuan bencana banjir di  Kuala Krai, Kelantan. Program ini berjalan selam empat hari tiga malam. Bermula pada 20 hingga 23 Januari 2015. Sebelum itu, saya mewakili barisan pelajar tajaan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tajaan yayasan bank rakyat kerana memberi kami peluang untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan.



Tujuan misi ini adalah membantu mengurangkan beban mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah aktiviti pembersihan fasiliti sekolah dan pemberian sumbangan kewangan, peralatan sekolah dan peralatan solat di semua sekolah kawasan Kuala Krai, Kelantan.



20 Januari 2015

Kami berkumpul di Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Travers, Bangsar, Kuala Lumpur. Sesi pendaftaran dan sesi taklimat sempurna disampaikan oleh pihak penganjur. Sebelum bertolak ke destinasi kami juga sempat mengambil suntikan daripada doktor bagi mencegah penyakit yang bakal diterima melarat. 



Majli Perasmian bagi Misi Bantuan Bencana Banjir Bersama Pejar
Tajaan Yayasan Bank Rakyat Sesi 2015.











Sejujurnya kami sangat bersemangat. Hanya kepada ALLAH kami bermohon, perjalanan pergi dan balik dirahmati. Pada hari pertama, kami akan bermalam di Kuala Lipis, Pahang. Kami akan bertolak ke Kelantan pada hari berikutnya. Jam 8.30 malam, taklimat misi sukarelawan disampaikan oleh Encik Mukthi. 



21 Januari 2015

7.00 pagi. Kami berlepas dari Kuala Lipis ke Kuala Krai. Perjalanan kami memakan masa selama 3 jam. 

10.00 pagi. Setibanya di Kuala Krai, serius kami sayu hati melihat keadaan sekeliling dan berfikir bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan seperti biasa. Allahu akbar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi memudahkan aktiviti, kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke SMK Kuala Krai dan SK Yahya Petra.














4.30 Petang. Kerja-kerja pembersihan tamat. Kami pulang ke asrama.

6.00 Petang. Kami terus bersiap siaga, untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Chenulang untuk menghadiri doa selamat dan bacaan yassin. 

9.00 Malam. Kami bersama-sama penduduk di kawasan Masjid Chenulang bermoreh.



22 Januari 2015

8.30 Pagi. Kedua-dua kumpulan bersatu untuk mnejalankan operasi pembersihan di SMK Sultan Yahya Petra.
















1.30 Petang. Makan tengahari bersama Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Bank Rakyat Kuala Krai dan Majlis pemberian sumbangan membaik pulih sekolah. Setelah itu, kami menyambung semula operasi pembersihan.


6.30 Petang. Kami bersiap dan bertolak ke Masjid Guchil. Kami bersama-sama penduduk di sini mengadakan doa selamat dan bacaan yassin. Semasa nak memulakan bacaan yassin, tiba tiba elektrik terputus, mahu melatah para jemaah haaaaaaaaaaa.


23 Januari 2015

8.00 Pagi. Kami mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa gambar, tiadalah kenangan. 

























































Banyak betul gambar kannnnnn. Sekian sahaja coretan dari saya. Moga ukhwah ini terus kekal. Mohon maaf andai terkasar bahasa, terperli, tersentap dan segala ter. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari saya sendiri. 


aisyah aqila