Tarik nafas. Hembus.
Alhamdullilah masih bernyawa.
*Lihat tajuk dan angkat kening* Tiba masa program ini berlangsung seperti yang dirancang. Alhamdullilah. *duduk dengan tenang, makan popcorn dan scroll sehingga habis* Jika ada yang mengikuti post sebelum ini, saya ada memberitahu bahawa pada 7 Jun hingga 11 Jun 2015 (Ahad hingga Khamis).
Syukur ke hadrat Allah, sesungguhnya program ini berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama cemerlang dari semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Saya sebagai pelajar tajaan yayasan bank rakyat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga fasilitator yang bertugas dalam program ini. Saya tidak mahu berceloteh panjang, mohon scroll ringkasan ini sehingga tamat.
6 Jun 2015 (Sabtu)
Eh ?? Kenapa 6 ?? Kenapa bukan 7 ?? *Sabar dan tenang* Untuk pengetahuan semua, kami sebulat suara untuk hadir pada 6 Jun kerana semua fasilitator akan mendapat taklimat. Kami berkumpul di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT). Memang seronok lah dapat berjumpa lagi dengan keluarga fasilitator.
|
Team fasilitator/sukarelawan perempuan pelajar tajaan yayasan bank rakyat.
Walaupun jumlah kami sikit, tapi kami percaya apabila kerjasama bersama
semuanya akan menjadi lebih mudah. |
7 Jun 2015 (Ahad)
Hari yang dinantikan telah tiba. Tidak dapat menggambarkan perasaan yang tersimpan. Seawal 7.30 pagi kami telah tiba di Menara Kembar Bank Rakyat. Suasana gembira dan tidak sabar untuk memulakan penggembaraan itu sudah semestinya.
|
kiri: Azima, Amalina, saya dan Faezah |
|
Macam biasalah pakguard kumpulan saya.
Kiri: Akmal, Ikmal dan saya.
Kami kumpulan satu. IBN AL-HAYTAM
Kenapa ikmal pakai baju biru ? Ok. Ini disebabkan merah bermaksud
kami adalah pelajar tajaan yayasan bank rakyat manakala
ikmal pula pelajar UNIKL. Clear ? Good! |
|
Cikgu Fauzi yang menjadi MC pada majlis pembukaan c: c: |
|
Fokus ke mengantuk dik ? Hehehe |
Setelah kami makan tengahari di Menara Kembar Bank Rakyat. Kami meneruskan perjalanan ke Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Malaysia France Institute (MFI). Di sini kami dibahagikan kumpulan untuk masuk ke dalam bengkel robotik. Bagi saya sendiri, ini merupakan pengalaman baru apabila berpeluang dapat menjejakkan kaki ke sini.
|
Seronok dapat ilmu baru tapi tugas memantau tak lupa. |
|
Mendengar penjelasan daripada pensyarah UNIKL MFI. Dalam masa
yang sama, belajar secara praktikal. SEMUA ORANG MESTI CUBA,
KALAU TAK, AKAK DENDA ! |
|
Ini antara modul yang adik adik semua perlu belajar. |
|
Ini adalah salah satu controller yang dipelajari secara manual.
Perkara pertama sekali sebelum meneruskan langkah-langkah
pergerakkan robotik. |
|
Haaa nampak fokus sampai tak perasan gambar kena ambil. |
|
Saksikan video ini. Bagaimana adik adik ini
berjaya melakukan pergerakkan robotik secara praktikal.
|
Seterusnya, selesai menunaikan solat asar. Kami bertolak ke Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT). Di sini, kami diberi pendedahan mengenai teknologi asas penerbangan. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan satu hingga lima akan mencipta kapal terbang dan kumpulan enam hingga sepuluh akan mencipta roket menggunakan botol air.
|
Masa diberi selama tiga puluh minit. Selepas sepuluh minit
barulah bergerak. Apa pun, kumpulan kami menang
tempat dua. Yeayyyy. |
|
Sebelum kami mula mencipta, kami diberi penerangan
oleh salah seorang pelajar yang mengambil jurusan
ini iaitu Haziq. Soryyy jiq, saya tak sempat ambil
gambar awak dengan adik adik saya. Btw,
terima kasih sebab bantu kumpulan kami c: c: |
|
Hujung sekali, farah. Farah fasilitator kumpulan 2.
Dia ni jugalah ketua kumpulan Bas A. Ahahaha.
Pereputan kami amat berbaloi apabila juri
mengumumkan bahawa kami menang tempat kedua. |
Aktiviti kami selesai pada jam 6.45 petang. Adik-adik dilepaskan untuk memasuki bilik dan bersiap untuk aktiviti pada sebelah malam. Usai solat berjemaah, kami berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu sesi pengenalan. Di dalam sesi ini, adik adik juga diberi sebuah laptop dan satu pendrive bertujuan untuk menyiapkan slide sekiranya ada presentation yang perlu dilakukan. *pinjam je bukan bagi free* Kehkehkeh. Kami juga diarahkan untuk memantau dan membantu bagi persiapan presentation dan sorokan kumpulan.
|
Barisan fasilitator yayasan bank rakyat. Makan bersama-sama sebelum
makin sibuk dengan tugasan masing-masing. |
|
Siapa pandang camera selain abang dan akak ? Cubit kanggg.
Masa ni perbincangan kumpulan. |
|
Jam dah satu pagi, kami masih belum tidur. Sepatutnya fasilitator je
bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Tapi datang dua orang assistant
kami iaitu kedua kiri luqman dan raffiq datang membantu. Terima kasih
tau kauorang. Ni akak sayang kauorang. |
|
Begitu tekun menyiapkan tugasan. Kerja kami berakhir pada jam 2 pagi.
Mengantuk habissssss ! |
8 Jun 2015 (Isnin)
Pada hari ini, kami akan masih dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke
Kilang Hino, Sendayan untuk pendedahan
teknologi automotif dan satu kumpulan ke
Kilang Solar, AUO Sunpower, Alor Gajah untuk pendedahan
teknologi solar. Sayangnya, semua fasilitator tak dapat masuk ke dalam kilang. Sedihhhnyaaaaaaa. Tak apa yang penting adik adik dapat ilmu.
|
Kejapppp ! akak nak ambil gambar sebelum kita bertolak. |
|
Pandang apa tu ? Camera kat sini laaaaaaaaa ! |
|
Nahhh, sekeping gambar buat tatapan. |
Kami fasilitator ni kan dah tak dapat masuk kilang, jadi kami pergi ke tempat yang berfaedah. Eceyyyyy berfaedah gituuuu. Nak tahu kami ke mana ? Kami ke Muzium Melaka.
|
Baru selesai menikmati ilmu muzium selama empat puluh lima minit c': |
|
Cerita dia sekarang ni, saya lah jadi mangsa kena ambil gambar ?
Fasilitator bas A kecuali sebelah farah. Pls panggil dia abang hakim. |
|
Yang lelaki pun nak bersolek juga ? G G G G R R R R |
Kami meneruskan perjalanan ke Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (MICET) Alor Gajah bagi pendedahan teknologi makanan dan bio diesel.
|
Awak takpayah tipu akak. Tak sabar nak makan aiskrim kan ?
Ya ya ya je dengar penerangan. |
|
Salah satu mesin di sini. |
|
Tadaaaaaa ! Aiskirm percuma. Btw, qila teringat kawan
qila sorang ni. Nama dia nana. Nana belajar kat sini.
Sayangnya tak dapat jumpa dia. Dah lama sangat tak
jumpa awak. |
|
Di dewan UNIKL MICET |
|
Bersedia mendengar presentation dari adik adik |
|
Its ok babies. You all dah buat yang terbaik. |
9 Jun 2015 (Selasa)
Kami meneruskan perjalanan ke
Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC Batu Pahat untuk pendedahan
asas robokid.
|
Selamat tinggal UNIKL MICET. |
|
Kami dah bersedia nak ke ADTEC ni c: Tak boleh berjauhan dari kids
Haih |
|
Me, Azra (UNIKL) dan Farah (UPM) |
|
Team bas A. Marshall, Medic, Fasilitator dan Pensyarah. Bas A tak pernah
tak ketawa. |
|
Setibanya di ADTEC. Babies boy. |
|
Kemain fokus sampai mencatit isi penting
yang disampaikan oleh pensyarah ADTEC |
|
Terima kasih encik dan puan c: |
|
Team Bas A. Ada kid dah menangis sebab sedih nak berpisah dengan kami. |
|
Bersedia berkhidmat. Siapa mengada ngada tanpa
sebab munasabah tidak akan dilayan. Kbai. |
|
Bersedia untuk presentation. |
|
Apahal serius sangat ?
Lol |
|
Dari siang ke malam, kami memantau aktiviti
asas robokid. Kami akan memastikan adik adik semua
menyertai aktiviti tersebut. |
|
Ini hasil buatan adik adik kami. Mana mereka ? Scroll
bawah lagi yaaa ! |
|
Taraaaaaa ! Its okay babies. Walaupun you all tak menang dalam
pertandingan ni. Tak bermakna kalah selamanya. Alaaaaa,
menang kalah kan belakang cerita. Asalkan ini semua hasil you all. |
|
bersama lisa. Sepanjang program ni, baru nampak
batang hidung dia ! |
|
Terima kasih iman sebab ambil gambar kitaorang. |
Cop ! Berehat seketika. Jumpa di post seterusnya c: Jangan lupa ikuti kisah kami sehingga hari terakhir.