Hi handsome ! Hi cantik ! Semoga sihat dan ceria selalu ^_^V .Aku taknak cerita ketot
panjang ..H o h o h o .Entry kali ini ,aku nak berkongsi tentang beberapa tip
yang mungkin boleh diguna pakai oleh kauorang yang tengah hangat bercinta .
TIP KEKAL BAHAGIA BERSAMA PASANGAN
Sentiasa hubungi #tidak kira kauorang bercinta dalam jarak jauh/
dekat ,sentiasalah menghubungi pasangan kauorang .Kalau tak ada kredit/masa kee
,kauorang boleh buat message ringkas seperti “selamat pagi /petang /malam” “HI” dan macam
macam lagi. Kalau hubungi kat pesbok tak kena duit pun .Jangan harap sebelah
pihak sahaja yang menghubungi.
Jujur #setiap perbuatan yang dilakukan /percakapan yang dituturkan
perlu la jujur .
Segera beritahu sesuatu
sebelum pasangan syak yang tidak baik #sebagai kekasih yang sayang
tahap gila dekat kekasih kauorang ,kalau kauorang ada buat sesuatu macam “pergi
study /kerja dengan boboi/gegirl lain” segera maklum kepada pasangan agar tiada
salah paham.
Beri peluang dia menebus
kesalahan #tipu kalau
manusia tidak buat silap .kan kan ?Haa ,kauorang bagi laa pasangan kauorang tebus
kesalahan dia .Jangan ingat kauorang tak pernah ada salah.
Saling mempercayai
antara satu sama lain #mohon
buang jauh sikap suka meragukan pasangan .
Cuba ingat tarikh
penting #peringatan kepada pihak lelaki ,perempuan paling suka kalau
kauorang yang wish dan ingat semua tarikh penting dalam hubungan .Seperti
tarikh ulang tahun hubungan dan ulang tahun kelahirannya.
Sentiasa memberi kata kata semangat
#kauorang boleh bagi semangat untuk segala
kerja /belajar /aktiviti yang baik kepada pasangan.
Berbincang sekiranya ada
masalah #lelaki ,jangan
terlalu ego .perempuan ,jangan terlalu merajuk .Bekerjasama untuk mencari jalan
penyelesaian.
Bertanya sesuatu yang
musykil daripada menuduh #Tuduh menuduh tak baik kan kan ?Daripada
kauorang menuduh tak tentu hala dan boleh buat diri menyesal dengan kepiutusan
yang dibuat lebih baik kauorang bertanya.
Berikan dia masa untuk
bertenang sekiranya dia mempunyai masalah peribadi # Tak bermakna kita teman hidup si dia
kita boleh masuk campur hal peribadi yang sememangnya kita tak perlu masuk
campur .Seperti masalah keluarga ,masalah harta dan segeng dengannya.
Elak melakukan
kesalahan dan kesilapan berulang kali #Semua orang tidak suka
melakukan kesilapan yang berulang kali .Contoh ,tidak tepati janji dan segeng
dengannya.
Kenalpasti perkara yang
disukai dan tidak disukai oleh pasangan #opkos ,kauorang kena tahu .
Elak melakukan perkara
yang tidak disukai oleh pasangan #LOLs .kalau pasangan kauorang
memang tak suka ,elakkan daripada melakukan perbuatan itu .Contoh paling simple
“tergedik dengan boboi /gegirl lain” Hee Hee Hee .
Elak
mengungkit kisah lama/kisah hitam pasangan bersama ex mereka #kauorang
suka tak kalau kisah lama bersama ex kauorang ditanya oleh pasangan kauorang
?Tak kan ?So ,janganlah tanya .
Apabila bergaduh,ingatlah
semua kebaikan yang pernah dilakukan oleh pasangan #Kalau gaduh sikit sikit ,jangan laa
nak terus putus .Tahu tak nak dapatkan pasangan susah ?Cuba hargai pengorbanan
si dia .Alololo ,kenanglaa segala kenangan manis ketika bersama sama.
Terima kekurangan dan
kelebihan pasangan #Manusia tidak sempurna .Allah menciptakan lelaki
dan perempuan untuk saling melengkapi bukannya menyakiti.
Setakat ini sahaja beberapa tip aku boleh kongsikan .In Shaa Allah .Kalau ada masa kelapangan ,aku akan tulis entry beberapa tip yang lain .
“AA , kitaorang pun
ada tip juga laa .Boleh share tak ?”
Ooohoi ,boleh jee .Segala penambahbaikan dialu alukan
.Dengan aku tak ada hal laa .Cun ?Kauorang boleh komen ataupun letak jee kat
chat box .Okayy ?
“AA ,boleh kitaorang
copypaste ?”
Boleh sangat .Kalau kauorang nak tulis dalam blog .Please
tulis credit to Aisyah Aqila sekali link blog .Kalau nak naik status kat pesbok
,twitter , BBM ,WhatApp ,Dinding ke apa ke boleh jee .Aku tak kedekut kalau bab
nak kongsi benda baik .
Terima Kasih atas kerjasama .Aku minta maaf kalau ada buat
salah dan terkasar bahasa dalam entry yang ditulis .Semoga Allah sentiasa
bersama sama dengan anda .Amin Ya Rabbal Alamin .