Sunday, 7 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak ♥


Hi buddies ! :)

Apa khabar ? Apa perkembangan terbaru kauorang semua ? Harap semuanya di bawah jagaan ALLAH S.W.T. Aamin.

Pejam celik pejam celik. Masa berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan kita semua. Tidak lama lagi seluruh umat islam yang masih bernyawa dan berkemampuan akan menjalani ibadah puasa. Ibadah berpuasa di bulan Ramdhan ini merupakan rukun islam yang ketiga tauu. Suasana di seluruh tempat juga bakal  dimeriahkan dengan bazar ramadhan.

Gambar hiasan :**

Siapa yang tidak mahu berpuasa di bulan yang mulia ini kan ? Waktu ini, aku pasti dan yakin, semua umat islam bersemangat untuk melakukan ibadah dan mencari pahala. In Shaa Allah. Di bulan yang penuh berkat ini juga mampu merapatkan hubungan silaturahim sesama kita, di mana kita semua akan berjumpa ketika solat terawih yang bakal dilaksanakan.

peringkat ramadhan :**

Aku berharap ibadah puasa kita semua dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini kerana, syaitan dan iblis akan diikat di neraka. Bukan itu sahaja, di bulan Ramadhan ini, kita juga perlu mendidik, mengawal dan mengatasi nafsu. Disebabkan nafsu, sikap kita mampu dilihat oleh orang ramai kan ? Hikhikhik.


Jangan lupa niat berpuasa dan berbuka yaa :**
Tiada alasan tidak berpuasa jika
telah menggunakan niat puasa
sebulan Ramadhan :** Heeeee

Kita juga jangan lupa yaa untuk memberikan kiriman AL-Fatihah dan Tahlil buat arwah arwah yang disayangi. Semoga roh roh dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan golongan yang beriman dan dikasihi ALLAH. Kepada yang masih bernyawa, kita teruskan kehidupan sebagai khalifah bumi yang di beri amanah dan tanggungjawab oleh ALLAH :)

Di kesempatan yang ada, AISYAH AQILA mewakili keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua terutamanya yang mengenali diri dan keluarga. 

Akhir kata, aku mohon maaf jika ada buat salah.terkasar bahasa.bergurau kasar.kuat mengusik.hihihi.Mohon jangan di ambil hati. Doaku buat kauorang semua, FI HIFZILLAH. Semoga ALLAH menjagamu. Amin yaa rabbal alamin.

Salam Rantauan,
Aisyah Aqila