Wednesday 19 June 2013

Dia Di Hatiku ♥


Hi buddies !

Alhamdullilah. Aku masih menikmati cuti semester yang ketot ini. Hihihi. Walaupun cuti cuma sebentar sahaja, aku masih berkesempatan memanjakan diri dengan bersiar siar ke sana ke mari. Hari ini, 19 Jun 2013 Rabu, aku dan junior #Nurin Syairah Binti Mohd Sufi berjumpa. Setelah setahun lebih tak jumpa. Lepas aku tamat sekolah teknik, aku semakin sibuk. 

Dia #Nurin Syairah, merupakan junior dorm aku semasa di teknik dulu. Dia seorang pendengar setia yang sentiasa mendengar kisah aku. Membantu aku apabila aku ada masalah dan begitu juga aku. Hubungan kami ibarat kakak dan adik. Aku sangkakan tidak dapat berjumpa dengan dia lagi, rupa rupanya tidak ! Dia dan keluarga telah berpindah ke Kuala Lumpur. Hihihi. So, aku masih berjumpa dengan dia. Dah lama rancang nak keluar, tapi aku asyik sibuk. Terpaksa utamakan apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu. 

#Semasa di teknik, aku ada dua orang junior yang sangat rapat dengan aku iaitu Nurin Syairah dan Ummu Aiman. Kongsi masalah. Gembira sedih. Makan sebaldi bersama sama. Hihihi. Tak kisah apa orang nak kata, janji kami tak kacau hal manusia lain. Biar orang mengata, nasihat aku buat mereka adalah " mulut manusia tidak seperti mulut tempayan yang mampu kita tutup ". Pekakkan telinga. Butakan mata. Abaikan kata mereka. Manusia seperti itu tiada kaitan dengan  kejayaan kita.#

Nak dijadikan cerita, rindu yang terpendam ini membawa kami bertemu antara satu sama lain. Adik nurin dan aku bersetuju untuk berjumpa di Time Square pada jam 11 Pagi. Aktiviti kitaorang bercerita segala galanya dari A sehingga Z. Wahh memang best. Lepastu, pergi makan dan shopping. Dapat beli sepasang baju yang sama corak. Kononnya kenangan antara kami. Hikhikhik. Maklumlah, lepasni adik nurin nak sambung belajar. 

Bila perut kenyang. Tak larat berjalan. Cari tempat duduk. Sambung lagi cerita. Lepastu ambil gambar. Ketawa ketawa ketawa. Abaikan orang yang lalu lalang disekeliling kitaorang. 

Alhamdullilah. Masa kitaorang datang TS, tak ramai manusia.
But !
Lepas pukul 2 petang, TS dipenuhi manusia.
Bila manusia tidak ramai.
Kami rasa tenang.
Shopping shopping shopping ! :D
Kedai lebih banyak daripada manusia.
#Tunggu la musim cuti, comfirm TS padat macam milo 3 in 1 :D
#Gambar hiasan.
Hahaha :D
bertudung kuning : adik nurin :D
Aku tahu, cuti sem ini membantu aku membina lemak ! :D
Semakin berisi. Haha
Senyum senyum senyum.
Senyum itu sedekah ! :D
Bila kami buat muka :D
Tak heran dengan manusia yang lalu lalang.
Hehehe :D
Mampu senyum mungkin.
Senyum. Ketawa. Gelak.
Ianya membuatkan kami bahagia.
Sila bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu :D
Adik kata, " kakak, jom ambil gambar jarak dekat "
Haha :D
Kegilaan apakah ini ?
Camera camera camera
Muka dah letih ambil gambar.
Perlu paksa kerana ini semua ingin dijadikan kenangan.
Kenangan antara kami.
Walaupun penat.
Bagi kami, bergambar tidak penat.
haha :D
adik teletubies :D
awak tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang.
By me : To my lovely sister.
Selagi ada peluang untuk berjaya, kita kena rebut peluang itu.
GOOD LUCK !
Kakak sentiasa mendoakan adik.
Buat yang terbaik di dalam kehidupan awak.
Tak pernah akak lupakan awak dan ummu aiman.
Sentiasa mengutuskan doa buat awak awak.
Buktikan yang awak boleh berjaya.
Iloveyousomuch sis :*
Hug and Kiss
Hanya posto comel ini yang meluahkan rasa hati ini. Mohon maaf jika ada buat salah. Terkasar bahasa. Ketawa tak henti henti. Semoga ALLAH menjagamu - Fi Hifzillah - Amin yaa rabbal alamin.

Salam rantauan, Aisyah Aqila.

Kalau tidak suka kisah aku. Tidak perlu baca !