Tuesday 31 December 2013

♥ 2 0 1 4 ♥


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



Hi kacak dan cantik.
Salam Rantauan c':
Fi Hifzillah.



Selamat Tahun Baru c':
Happy New Year c':
Bonne Anne c':



Alhamdullilah. Kita diberi peluang untuk meneruskan wasilah. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita di dunia wal akhirat. Esok, 1 JANUARI 2014. Melihat facebook, twitter, blog, we chat, bbm, whatsapp, instagram, line dan pelbagai status di laman sosial, kebanyakkan manusia sibuk meng-hapdate status tentang 2014 termasuklah aku. kehkehkeh c':

Saturday 28 December 2013

ALHAMDULLILAH ♥


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
*tarik nafas dan hembus*
Alhamdullilah aku masih bernyawa.


gambar hiasan.
syukur kepada Allah.
Sang Pencipta, Maha Agung.


Hi kacak dan cantik ! 
Salam rantauan buat semua.
*Fi hifzillah*
Harap kalian semua sihat. Amin.



Sudah lama,aku tidak ber- blog ni. Alhamdullilah,di kesempatan yang ada,akhirnya kita bersua kembali.Terima kasih kepada anda yang masih sudi menerjah blog ini.Aku mohon maaf kerana sudah lama tidak meng-hapdate.Maklumlah sibuk dengan cuti semester.Kehkehkeh.


*cuti semester*


Cuti semester merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh pelajar IPTA/S.Semester demi semester aku tempuhi,tidak lama lagi aku akan melangkah masuk semester empat.aku ulang semester empat.Ini bermakna aku ada lagi dua semester yang bakal ditempuhi kelak.*kembali* Apabila cuti semester tiba,aku yakin semua pelajar akan memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.Mungkin ada yang kerja.Tidak salah mencari pengalaman.Yeee dokk ?Mungkin ada yang pergi bercuti.Kononnya hilang stress.


*29 November 2013 – 24 Disember 2013*


Aku telah mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti semester di kampungku.KEDAH DARUL AMAN.Jauh dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur. Memang best okay. *kongsi cerita*. Alhamdullilah. Seperti biasa,aku yakin kepulangan aku tidak akan membosankan kerana aku mempunyai sahabat-sahabat yang setia menemani aku. Di ruang kecil ini, aku nak ucap terima kasih buat zaid nabil sebab ambil aku masa aku memula sampai dekat Kedah. *Thank you babe* Terima kasih buat abdul labbaika, safwan dan muzzamir sebab teman aku pergi Amanjaya Mall dan Village Mall. Kauorang driver sejati aku ketika aku berada di Kedah. On call je, selalu ada kan. *Sahabat sejati*


pemandangan yang menyejukkan mata c':
rinduuuuuuu


*20 Disember 2013*


Sejujurnya aku galau. Hari ini keputusan semester keluar. Whatsapp,message dan bbm tidak henti-henti berbunyi. Huk alohhh. Menguji keimanan. Sabar aisyah aqila sabar *motivasikan diri sendiriAlhamdullilah.  *sujud syukur* Terima kasih ibu ayah | keluarga | pensyarah | mentor | sahabat dan semuanya. Tanpa nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan kalian, Aisyah Aqila tidak akan memperolehi keputusan seperti ini. Semoga Allah membalas jasa kalian. *Terima kasih di atas ucapan Tahniah kalian buatku*


Sekalung tahniah buat teman seperjuangan yang juga mendapat DEKAN, NUR ADILAH, SITI HAJAR AIDA, NORARINA, NUR AIFFA, NATASHA, HIDAYAH, PUTERI NADRATUL AINI, NURUL FAZIRA, NUR SYAFAWANI, INTAN ZAHURIN, SHAHRIL ANUAR, AMIRUL ASHRAF. Semoga kita semua dapat mengekalkan pretasi dan cuba mengurangkan kontroversi. Semoga teman seperjuangan yang lain dapat bersama-sama kita juga. *Usaha | Doa |Tawakal*


kiri : nor arina.siti hajar aida.aku.nur adilah


*21 - 22 Disember 2013*


Alhamdullilah. Aku menghadiri majlis perkahwinan junior teknikku.Raihan dan Puteri. Terima kasih sebab awak berdua sanggup jemput kak bend. Terima kasih sebab sanggup bersusah payah ambil kakak dari Sungai Petani, Kedah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih sebab tumpangkan kakak di hari bahagia kalian. Jejaknya kaki ini di bumi Pulau Pinang,aku rasa gembira sangat.Jumpa sahaja keluarga puteri terutamanya mama, aku peluk macam taknak lepas -.- seghiusss ohh. Rindunyaaa. Ohya, terima kasih adik puteri sebab menyembang dengan kakak sampai kakak tertidur. cehhh ! letih k letih.


#selamat pengantin baru
#Semoga jodoh awak berdua kekal sehingga jannah
#Semoga kebahagian milik awak berdua
#Semoga menjadi suamisteri yang sentiasa menjalankan
tanggungjawab dan amanah Allah.
#loveyou.

*27 Disember 2013*


Alhamdullilah.Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa *UPKK* untuk murid darjah 5 telah di umumkan.Adik bongsu kami, ASHWADI ASHRAF telah memperolehi 8A. Alhamdullilah. Inilah hadiah buat ibu dan ayah dari kami adik beradik. Kami tidak mempunyai harta yang hendak diberikan tika usia ini, hanya ini yang mampu diberikan untuk mengukir senyuman di wajah yang tersayang.


Tahniah adik.
#Teruskan usaha awak.
#Kami semua di belakangmu.

Hanya ini yang mampu dikongsikan. Terima kasih semua terutamanya kepada manusia yang tidak jemu menghadirkan diri ke blog ini. Mohon maaf jika ada kekasaran, terlepas kata, menyinggung perasaan, sindiran tidak bertempat dan kutukan mungkin. Yang baik datang daripada Allah, Yang buruk datang daripada Aku.  *lambai tangan*

Aisyah Aqila 

Tuesday 29 October 2013

SEMESTER 3 GROUP 19 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT ♥





Hi kacak dan cantik ! 
#Kenyit mata #Lambai lambai tangan.
Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu di blog ini. Fi Hifzillah buat anda semua (:


Last hapdate 27 Ogos. Woooww woooww ! Aku tahu blog ini semakin terabai dan diabaikan. Nak buat macamana, aku sibuk dengan urusan dunia. Hihihi. Nampak tajuk di atas ? SEMESTER 3 GROUP 19 HUMAN RESOURCE MANAGEMENT. Haaa kenapa dengan semester 3 ? Baiklah. Tarikh 28 Oktober 2013, #semalam aku dan rakan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan sesi semester tiga. aku bebas ! Opkoss bebeh. 


Alhamdullilah aku panjatkan rasa syukur kepada Allah, dengan izinNya, semester tiga yang penuh badai telah tamat. Jujur aku katakan, semester ini sangat mencabar tahap kematangan dan tahap akal barangkali. Pelbagai kisah telah tercatat. Menjadi pengalaman buat semua. Apa pun, aku Aisyah Aqila ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik.
Terima kasih kepada NUR ADILAH, SITI HAJAR AIDA dan NOR ARINA sebab kalian telah banyak membantu aku dalam melaksanakan 'assigment' dan menjayakan 'presentation'. #subjek HIM, PMG, ACC, HIE dan EKO. Terima kasih kepada PELAJAR HUMAN RESOURCE MANAGEMENT GROUP 19, kerana telah menjayakan ROLE PLAY #subjek HR.


Ohyaa ! Di setiap gambar ada kisah. Haaaaa, jom tengok gambar ! :D
Get ready nak ambil gambar dengan
miss nadzirah hakim.
haihh ! wemissyou ahh miss :*
1 2 3 Klikkk !
kiri : Arina, Adila, Aida, Miss Nadzirah Hakim
and me ! :D
#Smile
Bersama ahli lembaga pengarah ExperTailor.
Kiri : Fatanah #Financial Manager. Me #Marketing Manager, Dila # CEO
Aida #Assistant CEO, arina # Designer.
Mohon abaikan si baju ungu itu. Ahaha
me and my gegirl, arina and hajar.
masa manusia lain sibuk dengan presentation
kami di belakang buat ekonomi
dan gambar gambar gambar.
Hi uolls !
Aida ditengah diapit oleh kembar tidak seiras sama sekali -.-
kiri : Melna Fazila. Lols. Tetiba rindu minah ni.
Talkactiveee ahh diaaa !
tengok ni !
aku selalu dengan crazygirls :*
Hi. Jujur aku akan rindu persahabatan ini.
Walaupun kita selalu bergaduhhhhh !
Ehh ehh !
Yepadaa kerja ambil gambar.
Well, kenangan bersama mereka sangat emas.berlian.permata.

kiri : arina.aida.adila.aqila
Manusia busy presentation kat depan.
tapi kami mengambil kesempatan.
maklumlah. kononnya kenangan terakhir.
takut semester depan tak sama kelas.
babai geng gilaaa !
aku rindu kauorang.
Jadual pertempuran.
Doakan jihad kami semua dipermudahkan olehNya.
Akhir kata, dengan hati yang terbuka aku memohon maaf seandainya ada buat salah dan silap, terkasar bahasa, terkata belakang dan mungkin terhapdate di laman sosial tentang kauorang semua. Selamat maju jaya. Aku doakan kauorang semua menjadi pelajar dekan. Semoga usaha bersama membawa berkat. In Shaa Allah. 


Sekian.

AISYAH AQILA











Tuesday 27 August 2013

♥ SEMBILAN BELAS ♥

Hi kacak dan cantik ! :D #Lambai lambai tangan.
Alhamdullilah. Kita bertemu sekali lagi di blog ini. Semoga anda semua berada di dalam jagaan Allah. Maha Pencipta seluruh Alam Semesta.
'SEMBILAN BELAS'

cakk cakk !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !
HAPPY BIRTHDAY TO AISYAH AQILA !
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !

Alhamdullilah. Bersyukur kepada ALLAH. Dia memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas sehingga kini. Heeeeeee.27 Ogos 1994 --> 27 Ogos 2013 genaplah usiaku sembilan belas tahun. Sebelum aku berhujah panjang lebar, izinkan aku mengucapkan sepatah dua kata #bajet pengetua.


Kepada ayahanda dan bonda,
Terima kasih untuk segala galanya,
Terima kasih kerana telah menjaga saya dari kecil sehingga kini,
Terima kasih kerana telah bersusah payah demi membesarkan
anakmu yang banyak karenah,
Terima kasih kerana berusaha memberikan
kehidupan yang selesa untuk anakmu.


Terima kasih ayah,
Gigih mencari rezeki demi memberikan yang terbaik buatku,
Tidak pernah mengeluh ataupun mengungkapkan kata penat demiku,
Terima kasih bonda, 
Sentiasa memberikan sepenuh perhatianmu kepadaku,
#Walaupun saya anak pertama, tapi dilayan seperti anak last. Hihihi.


Saya berdoa agar ALLAH menjaga ayahanda dan bonda
seperti mana saya dijaga sewaktu kecil oleh kalian.
Semoga ALLAH memberkati hidup kalian.
Semoga pintu rezeki dibuka seluas luasnya untuk kalian.
Semoga jannah ALLAH sentiasa lapang untuk kalian.
Tanpa ayahanda dan bonda,
saya tiada di pentas bumi ini.


Kepada kacak dan cantik,
Terima kasih kerana sudi memberikan ucapan dan mengingati tarikh lahir kitaaaaa :D Rasa sebak. 

via - abang zharif
ex ketua pengawas smk sri rampai :D
kihkihkih.
ronggeng sangat
via - adik aiman asnawi.
adik sendiri wish.
hihihi. rindu haihhh.
via - muhamad rozhan rosdin.
pmi bank rakyat
capang aranda ! :D
behfren for evaaaaaa !
via - nur maya shuhada
kawan dari mula masuk teknik sampai sekarang satu tempat belajar
sayang hanggg !
tak boleh sorok apa apa dari dia -.- 
via - adibah
kawan dari teknik
geng pengawas
aku rasa nak besarkan gambar ni sebesar besarnya ! :D
seghius talk, menitik air mata.
aku macam tak percaya cikgu rohaya wp aku.
dia wish aku.
bila aku tanya 'cikgu ingat besdayy saya ?'
' I N G A T '
cikgu rohaya salah satu cikgu kesayangan aku.
cikgu kaunseling.
nama anak diaaaaaa AQILA ! :D
via - twitter
nasya bestie dari sch rendah titiwangsa :D
adik anis nabihah, thankyou little sys :*
mieysa, tak sangka kita sebesday kan ? :D ngehh ngehh.
via - mohammad syarafuddin
pmi bank rakyat.
thankyou sebab menyanyi lagu happy birthday tadi :D
hahaha.
lawak okayy lawak.
via - kakak siti khodijah
my lovely senior masa kat kem pmi bank rakyat
sebilik dengan dia
haihhh.
rindu kakak :*
via - intan zahurin
sahabat sehingga syurga ALLAH :D
memula sentap laahai.
pehtuu kembali normal.
persahabatan kami sweet :D
via - adik mira :D
ngehh ngehh.
thankyou so much :* 
via - hidayah
budak sekelas sem ni :D ehh ehh.
dayah ni pun lahir bulan ogos
bak kata dia 'geng ogos'
via - norshahira
shiraaaa kawan dari sch men :D
dia ingat besdayyy kita :D
Terharuuuuuu.
12.00 am tepat !  
via - abang fakrul
abang senior dari tingkatan satu :D 
via - mohamad syahmi aka aboyy
behfren dari sch rendah :D
#simpan kat calender yeeeee :P 
via - abang azlizaim
ketua MOKARA pmi :D
thankyou abang :*
btw, 28 August pulakkk besdayy dia. 
via - luqman hanif
Ya Allah ! Maaf luqman hanif.
Semalam tidur awal.
Aku ada paper acc.
sob sob sob.
bukan taknak angkat nahhhhhhhhh :D
geng sekelas di teknik

via - azezul rahman
kawan dari sch rendah :D heeeeeeee
aku masih simpan lagi hadiah kauuuuuuuuu :D


Okayy, ekceli banyak lagi ucapan. Mintaa Maaf sebab tak dapat nak tunjuk cenggini.Ini semua kerana berukkben agak lambat. Apa pun, terima kasih kepada semua. Doa doaku mengiringi kalian. Semoga ALLAH menjaga kalian. Fi Hifzillah abadan abada. #Mintaa maaf juga sebab tak mampu nak membalas semua pesanan ringkas dari kalian. 


Sekian.

Aisyah Aqila









Thursday 18 July 2013

Pelajar Human Resource Management Group 19 ♥




Hi buddies ! :D
# Hug and Kiss.


Apa khabar semua ? Sihat ? Macamana dengan ibadah puasa kauorang ? Harap semuanya di dalam jagaan Allah Yang Maha Esa. Aamin.


Di bulan Ramadhan yang mulia lagi dipenuhi berkat, aku masih tidak lemah. Berkelakuan seperti budak 'hyperactive'. Bagi aku, kehidupan perlu ceria agar kebahagian.kejayaan sentiasa hadir.kesedihan.kedukaan.kelaraan. dibuang jauh sekali. Hikhikhik


Kauorang nampak tajuk post aku ? Bagus. Alhamdullilah, aku masih bernafas dan berpijak di dunia yang nyata, kini aku menduduki semester tiga. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar. Tambah pulak, dapat kawan kawan yang sehati.sejiwa.sejantung.serasa.seragam.senakal.sepakat. Penyeri hari hari aku ketika di kelas. Har har har.


Tanpa melengahkan masa kauorang, jom tengok gambar kawan kawan aku.
Btw, jangan lupa doakan kami semua berjaya dan menjadi pelajar dekan okayy :**


Kiri : Aifa.Tasha.Hidayah.Dila.Aku.
Inilah buddyz.
Ceria jee walaupun hati hangat sebab tak ada kipas.
Har har har.

tasha buat gilaa gila :D

sahabat daripada semester dua.
Alhamdullilah.
samasama mengejar impian.cita cita.

saya ibarat adik mereka.
mereka ibarat kakak saya.
hakikatnya mereng.

aku dan adila.
yee yee aku tahu.
sesungguhnya rendah itu comel.
tapi tidak sehebat kak ton.
beg tanganku ditaja oleh hidayah.
contra gituuu.
awwww !

dila.aku.dayah.
kami geng utara.
walaupun aku orang KL.
depa orang KEDAH.
bila berjumpa, kami gunakan bahasa loghat utaqa.

with hajar aida.
aku tahu aku kelihatan seperti adik dia.
hakikatnya dia tidak mahu aku jadikk adik dia
sebab aku hyper.susah jaga.
Har har har.
Jagakan anak belaanku POU.

adila dan hajar.
berdiri sama tinggi.
duduk sama tak rendah.
apakah ?
har har har

kiri : dayah. pyqa. #aku tak kenal. hihi. madi. kak aifa

beautiful geeeegirl :D

pyqa. madi dan tasha.
diaorang ni memang satu geng ! :D
kak afifah selalu teman aku balik dari kelas dalam LRT dan PUTRA.
aifa pulak geng sepakat.seragam.sekata dengan aku.
hajar ni jangan kata apa.
har har har.
btw, aku suka kawan dengan kauorang.

kami. dilarang mengorat !
har har har.
btw, aku paling suka gambar ni. 

hajar dan nabilah fatin.
nabilah ni budak kelas lain. tapi semester lepas, dia satu kelas dengan kami.
even jumpa sekejap je.
dia cerita kat aku macam macam
be strong nabilah.

act, aku dan dayah tak sempat buat apa.
tetiba gambar terus kena ambil
dan
tetiba juga terkeluar muka comel.
Ya Allah !
pecah perut aku ketawa ketika
jari jemariku ligat menaip.

dila takmau aku ambilkan gambar
tapi suruh tekan camera.
apa dia kau ni dila :D
har har har
#gambar tidak lengkap tanpa aku.
fahamkah itu ? :D

Okayy. Pelajar lelaki kelas aku bukan tak wujud. Ada cuma diaorang datang lambat. Jadikk, kami pelajar perempuan buat hal sendiri terlebih dahulu. Lagipun pelajar lelaki kelas aku cuma 4 orang. Aku repeat. 4 orang. Yaa aku tahu. Sikit kan ? Tapi itulah hakikatnya. Ohh yaa, ada lagi pelajar perempuan kelas aku tapi diaorang tak ada masa bersama dengan kami ketika ini.


Sekian sahaja post comelku ini. ihikihik. Mohon semua pembaca, mendoakan kejayaan kami #26 orang pelajar human resource management group 19# di dunia dan diakhirat. Doakan kami menjadi pelajar dekan dan terus cemerlang serta mengekalkan kejayaan masing masing. Mohon juga kami diberi kekuatan untuk menempuh cabaran.dugaan.ujian untuk semester ini. Doakan kami sentiasa bersatu hati.bekerjasama.tolenrasi.
Doakan yang terbaik buat kami semua. In shaa ALLAH.
Amin Ya rabbal Alamin.


Sekian, Salam rantauan.

Aisyah Aqila