Thursday 28 August 2014

27 OGOS 2014


Hi kacak dan cantik !
#Lambai lambai tangan.
Alhamdullilah. Semoga kalian semua beradi di dalam jagaan Allah.


27 OGOS 1994 - 27 OGOS 2014






Genap duapuluh tahun. ALHAMDULLILAH. Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah. H e h e h e. Actually, tak lah nak rasa berhappy birthday ni, maklumlah dua tahun berturut-turut, bila birthday aku jeeee exam. erghhhh, seronok tauuuuuu. Jadi disebabkan exam dan kononnyaaaa focus gitu, diabaikan sekejap. Tatkala aku busy dengan exam, aku ingatkan tersayang tak ingat, eceyyyyyyy rupanya mereka ingat birthday aku. Terharu gituuu. Haaa tengok ni, bukti tauuuuu kitaaaa exam. Hiks.





Sebelum aku meneruskan coretan, ingin aku melafazkan kata-kata yang terbuku di hati. Semakin di pendam, semakin menebal perasaan ini.


Duhai perkasa dan permaisuri hati,
Dua insan bergelar 'ayah' dan 'ibu',
Terima kasih kerana telah membesarkan anakmu ini,
Terima kasih kerana telah mendidik anakmu ini,
Terima kasih diatas kasih sayang dan belalaian buat anakmu ini, 
Terima kasih kerana telah bersusah payah demi anakmu ini,
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi anakmu ini,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi pembakar semangat anakmu ini,
Terima kasih kerana sentiasa memberi nasihat kepada anakmu ini,
Terima kasih tidak terhingga,
Tidak mungkin anakmu ini membalas jasa kalian
dengan sejuta bintang, seluas lautan, setinggi langit,
Hanya doa memohon kalian ditempatkan bersama-sama
orang-orang mukmin dan soleh.
Memohon syurga firdaus buat kalian.




Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan, 

Ini bukti classmatessss aku yang prihatin.
engkorangggg adoooo ?
AGAIN ! Thankyousomuch :** H e h e h e


Amin Amin Amin.
Again ! Thankyou so much.
Soryyyyy weyy siapa yang hantar private
whatsapp, aku lambat replyyy.















































ALLAH, sebelum aku lupa. Sesiapa yang call aku, minta maaf sangat tak angkat. Lepas habis exam, aku rehat dan ganti tidur doooo. Tu tak angkat. Terima kasih kepada semua yang call. Aku pun nak cakap terima kasih juga kepada semua yang menemani aku bila aku susah, walaupun kita pernah ada selisih faham, sebenarnya itulah yang membuatkan kita semua semakin erat. Harap betullah erat bukan kononnya. Harharhar. 



Nur Aiffa, >.<
Bie, dengan kau ni aku takpayah cakap apa lah.
HAHAHAHAHA
Thanks untuk semunya dari semester tiga.
lalalalalalalala.






Haaaaa, dah. soryyyy tak semua ucapan aku boleh upload. Bagi aku, doa kauorang yang tersembunyi buat aku itu lebih bermakna daripada ucapan yang sangat bermakna tanda peringatan. Kita sama-sama mendoakan yang terbaik antara satu sama lain. Semoga Allah perkenankan doa-doa kita semua. Aku mungkin insan kerdil tak mampu membalas semua kebaikan kauoranggg, tapi aku serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah membalas jasa baik kauoranggg. 



Semester lima, mungkin semester terakhir bagi aku dan kauoranggg di sini. Kita cuma mampu mencorakkan perjalanan jalan cerita kita, tapi Allah lebih berhak menentukan segala-galanya. Semuanya telah tertulis, kita mampu berusaha yang baik. Jika kebaikan yang engkau cari, maka kebaikan juga yang datang. 















Semoga Allah merahmati kalian. Aku akhiri dengan mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terguris hati, terlancang berbicara, terkesat bahasa dan seumpanya. Aku akui segala kelemahan datang dariku, segala kehebatan datang dari Allah. 
Sekian.




aisyah aqila

Friday 15 August 2014

SEMESTER LIMA



Hi kacak dan cantik.
*lambai tangan*
Apa khabar ? Sihat ? Alhamdullilah.
Akhirnya kita bertemu lagi. H e h e h e h


*post terakhir pada 21March2014*


Semenjak masuk semester lima sebulan yang lalu, semakin hari semakin busy. Alhamdullilah. Dengan kesempatan masa yang diberi, AA masih lagi berpeluang berkongsi nurkilan dengan kalian. 




"Semester Lima"


Tajuk ringkas diiringi pelbagai kisah. Semester ini, AA dikelaskan mengikut pilihan sendiri. Maknanya sistem tempat AA belajar ni membenarkan mahasiswa dan mahasiswi memilih kelas tanpa paksaan dan tanpa mengikut pointer. Oleh itu, AA telah membuat keputusan untuk keluar dari kelompok kelas lama. Bagi semester ini, jumlah pelajar AA semuanya 26 orang di mana,13 perempuan dan 13 lelaki. Kalau tidak, semester semester sebelum ni, lelaki dalam kelas AA ada berapa orang je. Nak dikira sehingga sepuluh pun tak lepas. Kebanyakkan daripada classmates AA ni, AA dah kenal. Jadi tak ada isu nak ditimbulkan untuk kenal mereka semua.


13 perempuan : Nur Aiffa, Adilla Asyikin, Puteri Nadratul Aini, Nur Elyena, Sara Najwa, Nurul Raidah, Siti Khadijah, Anis Syahirah *dikenali* Nawwar, Adibah, Atikah, Atiqa *baru dikenali semester ini*13 lelaki : Ahmad Haqimi Iskandar, Mohd Fadzil Hakim, Amirul, Amirul Ashraf, Syamil, Luqman Aiman, Muhammad Aiman, Shahril Anuar, Abe, Fazrul, Izzat Din *dikenali* Nazreen, Firdaus *baru dikenali semester ini*


Diaorang semua ni, okay (Y) jee. Haaaa, gambar nanti AA letak di dalam post seterusnya. Okay ? Sebabnya tak ada gambar semua lagi. Hiks. Ohya, 23Ogos ni AA midterm. Jadi, doakan AA dan semua rakan seperjuangan AA dipermudahkan urusan olehNya eh ? *Terima Kasih*
Next



Memang benar, nak berjaya tak boleh merungut. Walaupun assgment, kuiz dan test bertimbun, tak bermakna kita kena patah semangat untuk melakukan yang terbaik. Usaha doa dan tawakal. Kalau dalam assgment yang melibatkan group, bila ada perselisihan faham tu sebenarnya perkara biasa. 'Di mana ada kerja berkumpulan, di situ ada pergaduhan'. Memang adakalanya pergaduhan itu mampu mengecewakan hati, memakan perasaan, mencalarkan emosi dan seumpamanya, namun anggaplah ianya satu ujian ataupun dugaan untuk menguji kesabaran dan mematangkan diri. Apa pun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cuma perlu cari bukan membiarkan berlarutan. Stay positive.Kadangkala, memang rasa susah nak berkomunikasi bila terjadi pergaduhan, tetapi percayalah ini semua akan menjadi pengalaman. Nanti akan datang, kalau ada masalah yang sama, boleh jadi sempadan. Tak gitu ? kehkehkeh. 

Baiklah.AA rasa sampai di sini sahaja. Teruskanlah mendoakan kejayaan AA dan rakan rakan seperjuangan yang lain. Minta maaf andai ada terkasar bahasa, terguris hati, terbuat sentap, terasa hati dan seumpannya. Tiada niat untuk memerli atau menyindir mana mana pihak. Hanya post sekadar berkongsi cerita. 

Sekian.

aisyah aqila