Friday 15 August 2014

SEMESTER LIMA



Hi kacak dan cantik.
*lambai tangan*
Apa khabar ? Sihat ? Alhamdullilah.
Akhirnya kita bertemu lagi. H e h e h e h


*post terakhir pada 21March2014*


Semenjak masuk semester lima sebulan yang lalu, semakin hari semakin busy. Alhamdullilah. Dengan kesempatan masa yang diberi, AA masih lagi berpeluang berkongsi nurkilan dengan kalian. 




"Semester Lima"


Tajuk ringkas diiringi pelbagai kisah. Semester ini, AA dikelaskan mengikut pilihan sendiri. Maknanya sistem tempat AA belajar ni membenarkan mahasiswa dan mahasiswi memilih kelas tanpa paksaan dan tanpa mengikut pointer. Oleh itu, AA telah membuat keputusan untuk keluar dari kelompok kelas lama. Bagi semester ini, jumlah pelajar AA semuanya 26 orang di mana,13 perempuan dan 13 lelaki. Kalau tidak, semester semester sebelum ni, lelaki dalam kelas AA ada berapa orang je. Nak dikira sehingga sepuluh pun tak lepas. Kebanyakkan daripada classmates AA ni, AA dah kenal. Jadi tak ada isu nak ditimbulkan untuk kenal mereka semua.


13 perempuan : Nur Aiffa, Adilla Asyikin, Puteri Nadratul Aini, Nur Elyena, Sara Najwa, Nurul Raidah, Siti Khadijah, Anis Syahirah *dikenali* Nawwar, Adibah, Atikah, Atiqa *baru dikenali semester ini*13 lelaki : Ahmad Haqimi Iskandar, Mohd Fadzil Hakim, Amirul, Amirul Ashraf, Syamil, Luqman Aiman, Muhammad Aiman, Shahril Anuar, Abe, Fazrul, Izzat Din *dikenali* Nazreen, Firdaus *baru dikenali semester ini*


Diaorang semua ni, okay (Y) jee. Haaaa, gambar nanti AA letak di dalam post seterusnya. Okay ? Sebabnya tak ada gambar semua lagi. Hiks. Ohya, 23Ogos ni AA midterm. Jadi, doakan AA dan semua rakan seperjuangan AA dipermudahkan urusan olehNya eh ? *Terima Kasih*
Next



Memang benar, nak berjaya tak boleh merungut. Walaupun assgment, kuiz dan test bertimbun, tak bermakna kita kena patah semangat untuk melakukan yang terbaik. Usaha doa dan tawakal. Kalau dalam assgment yang melibatkan group, bila ada perselisihan faham tu sebenarnya perkara biasa. 'Di mana ada kerja berkumpulan, di situ ada pergaduhan'. Memang adakalanya pergaduhan itu mampu mengecewakan hati, memakan perasaan, mencalarkan emosi dan seumpamanya, namun anggaplah ianya satu ujian ataupun dugaan untuk menguji kesabaran dan mematangkan diri. Apa pun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Cuma perlu cari bukan membiarkan berlarutan. Stay positive.Kadangkala, memang rasa susah nak berkomunikasi bila terjadi pergaduhan, tetapi percayalah ini semua akan menjadi pengalaman. Nanti akan datang, kalau ada masalah yang sama, boleh jadi sempadan. Tak gitu ? kehkehkeh. 

Baiklah.AA rasa sampai di sini sahaja. Teruskanlah mendoakan kejayaan AA dan rakan rakan seperjuangan yang lain. Minta maaf andai ada terkasar bahasa, terguris hati, terbuat sentap, terasa hati dan seumpannya. Tiada niat untuk memerli atau menyindir mana mana pihak. Hanya post sekadar berkongsi cerita. 

Sekian.

aisyah aqila