Wednesday, 17 June 2015

Kursus Train The Trainers Kembara Muda Rakyat 2015 anjuran Yayasan Bank Rakyat





Uhukk uhukk 
*meniup habuk di blog kesayangan*
Hi kacak ! Hi cantik !
Apa khabar kalian ? *sihat* Alhamdullilah.


Ya Ya Ya. Saya tahu saya salah kerana mengabaikan blog kerdil ini. Saya mohon maaf kepada semua kerana lambat update aktiviti terkini. Kembali ke pangkal cerita. 


Untuk pengetahuan semua, saya bersama 18 orang fasilitator pelajar tajaan yayasan bank rakyat, 20 orang fasilitator pelajar ADTEC dan 42 orang fasilitator wakil pelajar dari UNIKL bersama-sama melibatkan diri secara langsung di dalam program kali ini. Maklumat tambahan, kursus ini telah berlangsung pada 14 Mac hingga 16 Mac 2015 (Sabtu hingga Ahad) di El-Azzhar Camp. 


Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan tugasan dan perjalanan program Kembara Muda Rakyat 2015 yang akan berlangsung pada 7 Jun hingga 11 Jun 2015 (Ahad hingga Khamis). Taknak berceloteh banyak, ayuh terus scroll hingga bawah.


14 Mac 2015 (Sabtu)


Seperti biasa seawal jam 7 pagi, pendaftaran akan bermula dan jam 8 pagi kami bertolak ke El-Azzhar Camp, Banting. Perjalanan yang diambil selama dua jam memberi kami nikmat apabila bas menjadi sepi. Hanya radio yang menemani suasana. 


Pada jam 11 pagi, semua fasilitator diberi taklimat program yang disampaikan oleh Cikgu Fauzi. Seterusnya kami memulakan aktiviti pertama iaitu ice breaking. Tujuan aktiviti ini adalah menghilangkan rasa malu, membina keyakinan diri, lebih mengeratkan hubungan dan paling penting adalah peranan, tugas dan tanggungjawab diri. Aktiviti ini berlangsung sehingga tengahari. Setelah selesai solat zohor, kami meneruskan aktiviti kedua iaitu penganalisian kendiri dan komunikasi. Tujuan aktiviti ini adalah mengenalai personaliti kendiri, mengenali kekuatan dan kelemahan diri, bijak komunikasi (verbal & non verbal communication), teknik membentuk imej diri yang positif dalam kerja sepasukan dan kaedah menjadi "ORANG BARU" dalam kerja sepasukan.


Aktiviti ketiga adalah sukan rakyat. Permainan ini adalah semua fasilitator dikehendaki bermain galah panjang dengan syarat menggunakan kain batik. Aktivti keempat adalah listen, follow& lead (Night Walk). Tujuan aktiviti adalah menguji semangat berpasukan, menguji tahap keyakinan diri peserta, bijak komunikasi dan lebih menerapkan erti kasih sayang di kalangan peserta. Oklah, saya belanja gambar sikit. 


15 Mac 2015 (Ahad)

Aktiviti pada hari ini lebih mencabar iaitu aktiviti hi rope dan membina rakit


Tak tinggi pun *tutup mata dan jerit*


Selepas tengahari, semua fasilitator diberi pendedahan mengenai Robokid. Kami berpeluang mempelajari dan mengenali komponen-komponen asas. Pada sebelah malam pula, pertandingan robokid diadakan.



16 Mac 2015 (Isnin)

Hari terakhir ini, kami diberi pendedahan mengenai bidang tugas fasilitator atau urusetia. Tujuan pendedahan ini adalah perancangan fasilitator kembara muda, tanggungjawab sebagai seorang fasilitator, flow program kembara muda rakyat, pembahagian sepuluh kumpulan, perancangan setiap kumpulan dan persembahan kumpulan. Kami juga mendengar taklimat mengenai pengenalan "Basic First Aid" training oleh UNIKL RCMP. Kursus kami berakhir pada tengahari dan flag off ke Menara Kembara Bank Rakyat. Kami tiba di Kuala Lumpur tepat jam 4 petang. Ok cop ! Saya nak belanja gambar lagi. Teruskan scroll. Terima kasih c: c: c:


Modul Basic yang perlu kami tahu.

Pyqa ni, kenapa pandang bawah. :c :c

Kami dah bersedia nak pergi perlumbaan. Tapi eh kejap ! Belanja satu gambar

OooooOooooo macamni.

Fokus !

Inilah modul yang fasilitator akan ajar adik adik pada musim kembara muda
rakyat 2015

Team sukarelawan yayasan bank rakyat

Perlumbaan bakal bermula. Menang kalah belakang
cerita. Ukhwah first.



Ini kumpulan saya. Mereka pun pandai gosip. ADTEC,UNIKL dan
pelajar tajaan berpisah tiada. Eh ?


Act, kami adalah team sukarelawan mangsa banjir di Kuala Krai,
Kelantan. Masih kekal bersama.


Tengah ikmal. Kanan akmal. Kami masih satu geng untuk
kembara akan datang. Moga dua orang ini sabar
melayan karenah guaaa -.-





Keluarga besar fasilitator kembara muda rakyat 2015. Jumpa lagi yaaa !


Mohon maaf andai kasar bahasa, tersakitkan hati, tersentapkan hati dan macam macam ter. Semua yang baik datang dari Allah, semua yang buruk datang dari saya. Jaga diri ! Assalammualaikum xoxoxo.
aisyah aqila