Sunday, 7 July 2013

Ramadhan Al-Mubarak ♥


Hi buddies ! :)

Apa khabar ? Apa perkembangan terbaru kauorang semua ? Harap semuanya di bawah jagaan ALLAH S.W.T. Aamin.

Pejam celik pejam celik. Masa berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan kita semua. Tidak lama lagi seluruh umat islam yang masih bernyawa dan berkemampuan akan menjalani ibadah puasa. Ibadah berpuasa di bulan Ramdhan ini merupakan rukun islam yang ketiga tauu. Suasana di seluruh tempat juga bakal  dimeriahkan dengan bazar ramadhan.

Gambar hiasan :**

Siapa yang tidak mahu berpuasa di bulan yang mulia ini kan ? Waktu ini, aku pasti dan yakin, semua umat islam bersemangat untuk melakukan ibadah dan mencari pahala. In Shaa Allah. Di bulan yang penuh berkat ini juga mampu merapatkan hubungan silaturahim sesama kita, di mana kita semua akan berjumpa ketika solat terawih yang bakal dilaksanakan.

peringkat ramadhan :**

Aku berharap ibadah puasa kita semua dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini kerana, syaitan dan iblis akan diikat di neraka. Bukan itu sahaja, di bulan Ramadhan ini, kita juga perlu mendidik, mengawal dan mengatasi nafsu. Disebabkan nafsu, sikap kita mampu dilihat oleh orang ramai kan ? Hikhikhik.


Jangan lupa niat berpuasa dan berbuka yaa :**
Tiada alasan tidak berpuasa jika
telah menggunakan niat puasa
sebulan Ramadhan :** Heeeee

Kita juga jangan lupa yaa untuk memberikan kiriman AL-Fatihah dan Tahlil buat arwah arwah yang disayangi. Semoga roh roh dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan golongan yang beriman dan dikasihi ALLAH. Kepada yang masih bernyawa, kita teruskan kehidupan sebagai khalifah bumi yang di beri amanah dan tanggungjawab oleh ALLAH :)

Di kesempatan yang ada, AISYAH AQILA mewakili keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua terutamanya yang mengenali diri dan keluarga. 

Akhir kata, aku mohon maaf jika ada buat salah.terkasar bahasa.bergurau kasar.kuat mengusik.hihihi.Mohon jangan di ambil hati. Doaku buat kauorang semua, FI HIFZILLAH. Semoga ALLAH menjagamu. Amin yaa rabbal alamin.

Salam Rantauan,
Aisyah Aqila ♥ 



Wednesday, 19 June 2013

Dia Di Hatiku ♥


Hi buddies !

Alhamdullilah. Aku masih menikmati cuti semester yang ketot ini. Hihihi. Walaupun cuti cuma sebentar sahaja, aku masih berkesempatan memanjakan diri dengan bersiar siar ke sana ke mari. Hari ini, 19 Jun 2013 Rabu, aku dan junior #Nurin Syairah Binti Mohd Sufi berjumpa. Setelah setahun lebih tak jumpa. Lepas aku tamat sekolah teknik, aku semakin sibuk. 

Dia #Nurin Syairah, merupakan junior dorm aku semasa di teknik dulu. Dia seorang pendengar setia yang sentiasa mendengar kisah aku. Membantu aku apabila aku ada masalah dan begitu juga aku. Hubungan kami ibarat kakak dan adik. Aku sangkakan tidak dapat berjumpa dengan dia lagi, rupa rupanya tidak ! Dia dan keluarga telah berpindah ke Kuala Lumpur. Hihihi. So, aku masih berjumpa dengan dia. Dah lama rancang nak keluar, tapi aku asyik sibuk. Terpaksa utamakan apa yang perlu diutamakan terlebih dahulu. 

#Semasa di teknik, aku ada dua orang junior yang sangat rapat dengan aku iaitu Nurin Syairah dan Ummu Aiman. Kongsi masalah. Gembira sedih. Makan sebaldi bersama sama. Hihihi. Tak kisah apa orang nak kata, janji kami tak kacau hal manusia lain. Biar orang mengata, nasihat aku buat mereka adalah " mulut manusia tidak seperti mulut tempayan yang mampu kita tutup ". Pekakkan telinga. Butakan mata. Abaikan kata mereka. Manusia seperti itu tiada kaitan dengan  kejayaan kita.#

Nak dijadikan cerita, rindu yang terpendam ini membawa kami bertemu antara satu sama lain. Adik nurin dan aku bersetuju untuk berjumpa di Time Square pada jam 11 Pagi. Aktiviti kitaorang bercerita segala galanya dari A sehingga Z. Wahh memang best. Lepastu, pergi makan dan shopping. Dapat beli sepasang baju yang sama corak. Kononnya kenangan antara kami. Hikhikhik. Maklumlah, lepasni adik nurin nak sambung belajar. 

Bila perut kenyang. Tak larat berjalan. Cari tempat duduk. Sambung lagi cerita. Lepastu ambil gambar. Ketawa ketawa ketawa. Abaikan orang yang lalu lalang disekeliling kitaorang. 

Alhamdullilah. Masa kitaorang datang TS, tak ramai manusia.
But !
Lepas pukul 2 petang, TS dipenuhi manusia.
Bila manusia tidak ramai.
Kami rasa tenang.
Shopping shopping shopping ! :D
Kedai lebih banyak daripada manusia.
#Tunggu la musim cuti, comfirm TS padat macam milo 3 in 1 :D
#Gambar hiasan.
Hahaha :D
bertudung kuning : adik nurin :D
Aku tahu, cuti sem ini membantu aku membina lemak ! :D
Semakin berisi. Haha
Senyum senyum senyum.
Senyum itu sedekah ! :D
Bila kami buat muka :D
Tak heran dengan manusia yang lalu lalang.
Hehehe :D
Mampu senyum mungkin.
Senyum. Ketawa. Gelak.
Ianya membuatkan kami bahagia.
Sila bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu :D
Adik kata, " kakak, jom ambil gambar jarak dekat "
Haha :D
Kegilaan apakah ini ?
Camera camera camera
Muka dah letih ambil gambar.
Perlu paksa kerana ini semua ingin dijadikan kenangan.
Kenangan antara kami.
Walaupun penat.
Bagi kami, bergambar tidak penat.
haha :D
adik teletubies :D
awak tak pernah berubah dari dulu sehingga sekarang.
By me : To my lovely sister.
Selagi ada peluang untuk berjaya, kita kena rebut peluang itu.
GOOD LUCK !
Kakak sentiasa mendoakan adik.
Buat yang terbaik di dalam kehidupan awak.
Tak pernah akak lupakan awak dan ummu aiman.
Sentiasa mengutuskan doa buat awak awak.
Buktikan yang awak boleh berjaya.
Iloveyousomuch sis :*
Hug and Kiss
Hanya posto comel ini yang meluahkan rasa hati ini. Mohon maaf jika ada buat salah. Terkasar bahasa. Ketawa tak henti henti. Semoga ALLAH menjagamu - Fi Hifzillah - Amin yaa rabbal alamin.

Salam rantauan, Aisyah Aqila.

Kalau tidak suka kisah aku. Tidak perlu baca ! 




Thursday, 6 June 2013

SEMUANYA TELAH BERAKHIR :')


Hi buddies !

#Senyum dan kenyit mata.

Alhamdullilah, hari ini 6 Jun 2013 aku masih diberi peluang oleh ALLAH untuk meneruskan hidup.Amin yaa rabbal alamin. #Entry terakhir pada 17 Mei.Memang dah lama tidak menghapdate blog kerana terlalu sibuk.Begitu juga dengan blog kedua aku yang lagi berhabuk setelah ditinggalkan sejak 20 April yang lalu. In shaa Allah, aku akan kembali aktif di blog semasa cuti sem yang mula berlangsung pada hari ini, 6 Jun sehingga 26 Jun. #Stop ! Aku tahu cuti semester aku sekejap. 

Alhamdullilah sekali lagi. Semuanya telah berakhir. Yaa berakhir. Dengan ini aku umumkan, aku telah selesai menamatkan semester 2 sebagai pelajar Human Resource Management. Semalam, majlis perasmian yang dilakukan di dewan peperiksaan dengan berperang tak mati mati, aku berjaya menjawab semua soalan peperiksaan. Hihi #Suspender betul. 

Kini, hanya mampu berdoa dan tawakal kepada ALLAH setelah berusaha untuk peperiksaan akhir. Mohon kepada ALLAH agar semuanya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Mohon dijauhi " REPEAT PAPER ". Okayy. Entry yang asyik berleter seperti ini mampu mendatangkan bosan tahap veto buat kauorang semua. So, aku nak kongsi sikit gambar gambar yang boleh dijadikan kenangan untuk semester ini.
SAHABAT 

maaf kalau gambar tak jelas.
grrr.
tak dapat nak menayang muka anda semua.
hikhokhikhok.
ong terkedek kedek
budak kelas aku memang kekurangan budak lelaki.
haha ! btw, diaorang sempoi okayy.
kiri : amer.#budak kelas lain.tak kenal.luqman.amirul.sharil.acab
Ni antara salah satu gambar sebagai kenangan ketika
sesi bergambar bersama
kiri : wani.leen.hajar.nabilah.puteri
sementara menunggu pensyarah masuk,
bebudak kelas aku yang sporting suka ambil gambar
bukan gila camera tetapi nak buat kenangan.
belakang kiri : amer.amirul
tengah  kiri : shahril.acab.luqman
depan kiri : leen.eyla.wani.sarah.amani
by : me #bend
by amer : semua buat hal masing masing bila
bosan melanda bila menunggu pensyarah
tersayang datang, malangnya pensyarah tidak hadir
untuk hari itu. #mood suka.
forum daripada mereka ni memang hebat
sampai siap tersenyum si yumaira.
padahal perlu khusyuk dengar pertanyaan dari penonton
kiri : deqya.nadhira.hasanah.yumaira
forum group si teruna.
sebenarnya, group diaorang ni best sangat tau.
si bent buat lawak,diikuti back up dari yang lain.
kiri : bent.shahril.acab.luqman
forum lagi.
si nabilah sedang berdebat habis masa ni.
kiri : hajar.rina.nabilah.kyna.
#okayy.sedih.group aku,tiada gambar forum.
waaaaaaaaa :'D
haaa.si comel itu bukan pelajar tau.
tetapi pensyarah subject concept and application of information technology
#disebalik maksud tersirat adalah semasa orang sibuk bebel kat depan
budak kelas on lappy masing masing dan online.
hihi.

haaa. masa ini paling best campur gementar.
kitaorang menjalani sesi interview bagi
training as human resource managament.
Masa ni lawak.nak je aku letak video macamana
si eyla dikenakan. act,kitaorang sambut birthday dia.
pakatan dilaksanakan bersama miss norhidayah pensyarah bis.math
eyla dikenakan sampai menangis. Haha ! lawak okayy.
muka steady je mula mula dikenakan
bila lama lama menangis
uweeeekkk #bunyi baby.
aku berbaju pink cair tuu tengah tergelak sangat.
padan muka laa cerita dia !
btw, game kenakan orang best !
jubah day.
nampak tak semuanya berjubah kan ?
masa ini, pihak U kitaorang buat hari jubah.
semua pelajar perempuan kena pakai.
#comey.cun.cantik.
bukan perasan tapi kenyataan.
haha !
kiri : deqya.kak ikin.atikah.nabilah.puteri.hasanag.leen.aku.nadhirah.yumaira
senyum.solehah.in sha allah.

kitaorang rasa sedih masa ini.
sebab miss siti fadhilah #berbaju pink nak tinggalkan kami.
dia bertukar ke alor star.
last day, kitaorang jumpa dia.
miss senyum jee tapi act dia pun sedih nak tinggalkan Kuala Lumpur.
bila dapat jumpa miss lagi ? hm.
sedikit cenderahati daripada eyla #wakil.
we miss our lovely lecture.
dia baik sangat.
dia ajar BI memang enjoy.
masa ni ambil gambar sebelum encik yahya
pensyarah pengajian malaysia masuk.
kiri : hajar.eyla.aku.atika.
eyla pinjam spek aku. masuk buku 3 lima. amboii.
senyum #kiri : wani.eyla.aku.
kiri : aku.atika.kak ikin.hajar.wani.
kitaorang macam dah gila camera.
sampai ada satu masa tu, aku dan eyla
kantoi dengan encik yahya sebab ambil gambar
dia dah sporting. ajak ambil gambar.
malu katanya bukan takut.
Ohh ayahku !
sementara tunggu pensyarah IT masuk
#kiri : put dan aku sempat bergambar
btw, put. thanks sebab group assgment
bersama sama aku.
with intan zahurin.
babe, thanks untuk semuanya.
thanks sebab jadi kawan aku untuk sem ni.
walaupun kau pinjam spek aku tanpa bayaran. Haha !
aku tetap sayang kau.
aku sayang kau sampai jannah :*
with nuradilla.
babe. thanks sebab kawan dengan aku.
thanks sebab layan otak aku yang kena virus secara tetiba.
thanks sebab belanja aku kekadang.
aku sayang hang ketat ketat.
Kepada rakan seperjuangan, walaupun kita seringkali bergaduh namun ukhuwah kita tetap erat. Bergaduh itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberikan kerjasama dengan aku terutamanya assigment #adila.intan.puteri.kak ikin.atikah. terima kasih ehh. Tanpa kerjasama dari semua, tak ada carry mark aku kan ? Hihi

Semoga kita semua mencapai cita cita. Semoga berjaya dunia akhirat. Fi Hifzillah #semoga Allah menjaga anda semua. Amin yaa rabbal alamin. Mohon maaf jika terkasar bahasa.terlepas cakap.terbuat nakal.TerOver mengusik.Hihi. Kauorang semua the best ! Semoga kita semua dekan dan #bak kata sharil, jumpa anda semua di kelas dekan. Amin.

Sekian.Wasalam
Salam Rantauan. Aisyah Aqila


Friday, 17 May 2013

♥ YAYASAN BANK RAKYAT ♥


Hi Buddies #Hug And Kiss.
Maafkan aku sebab sudah lama tidak meng-hapdate blog tersayang. Urusan dunia membuatkan aku hampir terleka. Hihi. Okayy. #Tidak mahu membuang waktu. Ramai tak sabar nak baca. 


YAYASAN BANK RAKYAT 


Yaa. Yayasan Bank Rakyat Sebagai tajuk coretan sanubari kali ini. Khas dan ikhlas buat semua. Kisah ringkas yang mencuit hati. Menjadi pengalaman dan kenangan buat kehidupan singkat. In Syaa ALLAH. Ukhuwah yang terjalin tidak akan terputus. Semoga Anda Semua Berjaya Di Dunia Dan Di Akhirat Kelak.Amin Yaa Rabbal Alamin.


Program ini memang terbaik. perjumpaan pelajar dari seluruh universiti di Malaysia. Tujuannya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Diikuti objektif lain seperti belajar menjadi seorang insan yang berjaya. mengenal pencipta. mengajar erti persahabatan dan lain lain lagi.


Kenangan Terindah 

Semuanya bermula disini. Kisah menarik berlaku selama 4 hari. Tidak lama tetapi meninggalkan impak kepada diri. Mengenali mereka yang bukan calang calang orang.

Selasa 14 Mei 2013 


Sesi pendaftaran bermula.Malangnya hari pertama aku dan geng kena denda sebab masuk lambat. Lols. Menyanyi lagu jalur gemilang. Sedap sangat suara haaaaa. #Angkat bakul sendiri. Hikhik. Sesi Ice Breaking bermula. Bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari. Bila tiba masa makan, aku orang pertama pergi berebut dulu. Haha. Selalu jadi yang pertama ambil makanan. Yummy ! Taklimat Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat. Pembahagian kumpulan bermula.

Kumpulan dipecahkan kepada dua bahagian. MOKARA VS ARANDA.  Aku berada di kumpulan MOKARA. Di dalam kumpulan ini dipecahkan lagi kepada empat kumpulan. Capang, Jumbo. Perkasa dan Taring. Semuanya sama hebat. 


Rabu 15 Mei 2013

Senaman pagi kena kawad. Haih. Malas itu memang ada. Sarapan dan bersiap. Aktiviti game dimulakan. Petang ada sukaneka. best okayy.  Hakka dimulakan sebagai pembukaan sukaneka. Best woiii ! Aku tak akan lupa kenangan kena tepung satu paket dengan achik. Eeeee. Geram ! Malam main perang perang. Lawak jugak laa. Terasa macam budak kecil jee. Hikhik. Masa ni, Tuan Haji Mohsin Pengurus Rancangan Aktiviti kenakan aku dengan kak dija okayy. Sekali terperanjat. Opocot Nyah ! Melompat keluar dibuatnya. Malam pun ada kawad.

Kitaorang paling cepat ! :D Haha
Best Woii !
Tuan Haji Mohsin Sporting 

Khamis 16 Mei 2013


Senaman pagi. Game. Buat persediaan untuk malam kebudayaan. Kumpulan aku dapat tajuk P.Ramlee. Anakku Sazali menjadi pilihan.Memang lawak. Petang game jee. Memang mencabar minda. Semua aktiviti kena ada : Spiritual Pysical Intelectual Emotional Sosial. Malam persembahan memang terbaik. Semua kumpulan buat yang terbaik. Semua enjoy. Btw, Sedih juga sebab dah nak balik. Nanti takut tak jumpa dah :D

Muka Juara Tetap Ceria 

Hip Hip Hooooreyy ! 

Jumaat 17 Mei 2013 

Sarapan pagi. Pulang rumah. Sesi bergambar.
Capang Mokara JUARA !
Capang Mokara Enjoy !
Zaim And Aisyah 
With Kak Dija 
with them :D
Peace Yawwww !

Kami !
Kami lagi

kakak dija, aku dan baby capang mokara :**

Zaim And Che Ku !
  Fahmi And Zaim !

Okayy. Ada banyak lagi gambar. Tapi Aku dapat Upload setakat ni jee. Nanti Aku masukkan ehh.

  • Semoga Anda Semua Sentiasa Dirahmati Allah.
  • Semoga Anda Semua Menjadi Pelajar Yang Cemerlang
  • Semoga Anda Semua Menjadi Insan Yang Berjaya 
  • Semoga Anda Menjadi Seorang Anak Yang Soleh Dan Solehah
  • Semoga Anda Sentiasa Ceria. Hikhikhik

Mohon maaf andai ada buat salah. Terkasar bahasa. Terguris perasaan. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi. Kenang anda di dalam doa. Jangan lupa antara satu sama lain. Kenangan yang tidak boleh dijual beli. Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat. Terima Kasih memilih kami semua.


Sekian. Salam Rantauan Buat Semua.


Terima Kasih kepada semua ahli kumpulan Aqila.

  • Mohd Azlizaim - Zaim - Uitm Jengka
  • Siti Khodijah - Dija - Uitm Kelantan
  • Muhammad Fahmi - Fahmi - Uitm Pulau Pinang
  • Zaid Nabil - Zaid - Uitm Kedah
  • Salam - Uitm Kelantan
  • Aisyah - Uitm
  • Nurunnisa - Nisa - Uitm Dungun ( FASILATATOR )