Wednesday, 17 June 2015

Kursus Train The Trainers Kembara Muda Rakyat 2015 anjuran Yayasan Bank Rakyat





Uhukk uhukk 
*meniup habuk di blog kesayangan*
Hi kacak ! Hi cantik !
Apa khabar kalian ? *sihat* Alhamdullilah.


Ya Ya Ya. Saya tahu saya salah kerana mengabaikan blog kerdil ini. Saya mohon maaf kepada semua kerana lambat update aktiviti terkini. Kembali ke pangkal cerita. 


Untuk pengetahuan semua, saya bersama 18 orang fasilitator pelajar tajaan yayasan bank rakyat, 20 orang fasilitator pelajar ADTEC dan 42 orang fasilitator wakil pelajar dari UNIKL bersama-sama melibatkan diri secara langsung di dalam program kali ini. Maklumat tambahan, kursus ini telah berlangsung pada 14 Mac hingga 16 Mac 2015 (Sabtu hingga Ahad) di El-Azzhar Camp. 


Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan tugasan dan perjalanan program Kembara Muda Rakyat 2015 yang akan berlangsung pada 7 Jun hingga 11 Jun 2015 (Ahad hingga Khamis). Taknak berceloteh banyak, ayuh terus scroll hingga bawah.


14 Mac 2015 (Sabtu)


Seperti biasa seawal jam 7 pagi, pendaftaran akan bermula dan jam 8 pagi kami bertolak ke El-Azzhar Camp, Banting. Perjalanan yang diambil selama dua jam memberi kami nikmat apabila bas menjadi sepi. Hanya radio yang menemani suasana. 


Pada jam 11 pagi, semua fasilitator diberi taklimat program yang disampaikan oleh Cikgu Fauzi. Seterusnya kami memulakan aktiviti pertama iaitu ice breaking. Tujuan aktiviti ini adalah menghilangkan rasa malu, membina keyakinan diri, lebih mengeratkan hubungan dan paling penting adalah peranan, tugas dan tanggungjawab diri. Aktiviti ini berlangsung sehingga tengahari. Setelah selesai solat zohor, kami meneruskan aktiviti kedua iaitu penganalisian kendiri dan komunikasi. Tujuan aktiviti ini adalah mengenalai personaliti kendiri, mengenali kekuatan dan kelemahan diri, bijak komunikasi (verbal & non verbal communication), teknik membentuk imej diri yang positif dalam kerja sepasukan dan kaedah menjadi "ORANG BARU" dalam kerja sepasukan.


Aktiviti ketiga adalah sukan rakyat. Permainan ini adalah semua fasilitator dikehendaki bermain galah panjang dengan syarat menggunakan kain batik. Aktivti keempat adalah listen, follow& lead (Night Walk). Tujuan aktiviti adalah menguji semangat berpasukan, menguji tahap keyakinan diri peserta, bijak komunikasi dan lebih menerapkan erti kasih sayang di kalangan peserta. Oklah, saya belanja gambar sikit. 


15 Mac 2015 (Ahad)

Aktiviti pada hari ini lebih mencabar iaitu aktiviti hi rope dan membina rakit. 


Tak tinggi pun *tutup mata dan jerit*


Selepas tengahari, semua fasilitator diberi pendedahan mengenai Robokid. Kami berpeluang mempelajari dan mengenali komponen-komponen asas. Pada sebelah malam pula, pertandingan robokid diadakan.



16 Mac 2015 (Isnin)

Hari terakhir ini, kami diberi pendedahan mengenai bidang tugas fasilitator atau urusetia. Tujuan pendedahan ini adalah perancangan fasilitator kembara muda, tanggungjawab sebagai seorang fasilitator, flow program kembara muda rakyat, pembahagian sepuluh kumpulan, perancangan setiap kumpulan dan persembahan kumpulan. Kami juga mendengar taklimat mengenai pengenalan "Basic First Aid" training oleh UNIKL RCMP. Kursus kami berakhir pada tengahari dan flag off ke Menara Kembara Bank Rakyat. Kami tiba di Kuala Lumpur tepat jam 4 petang. Ok cop ! Saya nak belanja gambar lagi. Teruskan scroll. Terima kasih c: c: c:


Modul Basic yang perlu kami tahu.

Pyqa ni, kenapa pandang bawah. :c :c

Kami dah bersedia nak pergi perlumbaan. Tapi eh kejap ! Belanja satu gambar

OooooOooooo macamni.

Fokus !

Inilah modul yang fasilitator akan ajar adik adik pada musim kembara muda
rakyat 2015

Team sukarelawan yayasan bank rakyat

Perlumbaan bakal bermula. Menang kalah belakang
cerita. Ukhwah first.



Ini kumpulan saya. Mereka pun pandai gosip. ADTEC,UNIKL dan
pelajar tajaan berpisah tiada. Eh ?


Act, kami adalah team sukarelawan mangsa banjir di Kuala Krai,
Kelantan. Masih kekal bersama.


Tengah ikmal. Kanan akmal. Kami masih satu geng untuk
kembara akan datang. Moga dua orang ini sabar
melayan karenah guaaa -.-





Keluarga besar fasilitator kembara muda rakyat 2015. Jumpa lagi yaaa !


Mohon maaf andai kasar bahasa, tersakitkan hati, tersentapkan hati dan macam macam ter. Semua yang baik datang dari Allah, semua yang buruk datang dari saya. Jaga diri ! Assalammualaikum xoxoxo.
aisyah aqila

Friday, 20 March 2015

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR BERSAMA PELAJAR TAJAAN YAYASAN BANK RAKYAT




*kemas belog tersayang*
Alhamdullilah. Hi manusia sekalian ! Sihatkah kalian ? *sihat* Alhamdullilah. 



Ya ya ya ya ya. AA tahu dah lama sangat tak hapdateeee belog ini. Maklumlah, sejak kerja ni makin terabai belog kesayangan ini. *Sua lolipop* Okayyy, AA taknak berceloteh panjang, kembali ke topik asal. 




MISI BANTUAN BENCANA BANJIR BERSAMA PELAJAR TAJAAN YAYASAN BANK RAKYAT. 



Kami barisan pelajar-pelajar tajaan yayasan bank rakyat seramai 28 orang dari pelbagai universiti berkumpul bersama-sama berganding bahu bagi melaksanakan misi bantuan bencana banjir di  Kuala Krai, Kelantan. Program ini berjalan selam empat hari tiga malam. Bermula pada 20 hingga 23 Januari 2015. Sebelum itu, saya mewakili barisan pelajar tajaan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tajaan yayasan bank rakyat kerana memberi kami peluang untuk berkhidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan.



Tujuan misi ini adalah membantu mengurangkan beban mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan. Antara tugasan yang dilaksanakan adalah aktiviti pembersihan fasiliti sekolah dan pemberian sumbangan kewangan, peralatan sekolah dan peralatan solat di semua sekolah kawasan Kuala Krai, Kelantan.



20 Januari 2015

Kami berkumpul di Menara Kembar Bank Rakyat di Jalan Travers, Bangsar, Kuala Lumpur. Sesi pendaftaran dan sesi taklimat sempurna disampaikan oleh pihak penganjur. Sebelum bertolak ke destinasi kami juga sempat mengambil suntikan daripada doktor bagi mencegah penyakit yang bakal diterima melarat. 



Majli Perasmian bagi Misi Bantuan Bencana Banjir Bersama Pejar
Tajaan Yayasan Bank Rakyat Sesi 2015.











Sejujurnya kami sangat bersemangat. Hanya kepada ALLAH kami bermohon, perjalanan pergi dan balik dirahmati. Pada hari pertama, kami akan bermalam di Kuala Lipis, Pahang. Kami akan bertolak ke Kelantan pada hari berikutnya. Jam 8.30 malam, taklimat misi sukarelawan disampaikan oleh Encik Mukthi. 



21 Januari 2015

7.00 pagi. Kami berlepas dari Kuala Lipis ke Kuala Krai. Perjalanan kami memakan masa selama 3 jam. 

10.00 pagi. Setibanya di Kuala Krai, serius kami sayu hati melihat keadaan sekeliling dan berfikir bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan seperti biasa. Allahu akbar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi memudahkan aktiviti, kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke SMK Kuala Krai dan SK Yahya Petra.














4.30 Petang. Kerja-kerja pembersihan tamat. Kami pulang ke asrama.

6.00 Petang. Kami terus bersiap siaga, untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Chenulang untuk menghadiri doa selamat dan bacaan yassin. 

9.00 Malam. Kami bersama-sama penduduk di kawasan Masjid Chenulang bermoreh.



22 Januari 2015

8.30 Pagi. Kedua-dua kumpulan bersatu untuk mnejalankan operasi pembersihan di SMK Sultan Yahya Petra.
















1.30 Petang. Makan tengahari bersama Ahli Lembaga Pemegang Yayasan Bank Rakyat Kuala Krai dan Majlis pemberian sumbangan membaik pulih sekolah. Setelah itu, kami menyambung semula operasi pembersihan.


6.30 Petang. Kami bersiap dan bertolak ke Masjid Guchil. Kami bersama-sama penduduk di sini mengadakan doa selamat dan bacaan yassin. Semasa nak memulakan bacaan yassin, tiba tiba elektrik terputus, mahu melatah para jemaah haaaaaaaaaaa.


23 Januari 2015

8.00 Pagi. Kami mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa gambar, tiadalah kenangan. 

























































Banyak betul gambar kannnnnn. Sekian sahaja coretan dari saya. Moga ukhwah ini terus kekal. Mohon maaf andai terkasar bahasa, terperli, tersentap dan segala ter. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari saya sendiri. 


aisyah aqila



Monday, 5 January 2015

DUA RIBU LIMA BELAS



*meniup habuk*
Alhamdullilah. Hi manusia sekalian. Apa khabar kalian di sana ? *sihat* Alhamdullilah.


Lama juga AA tak update blog. Maklumlah cuti semester, memang benar benar bercuti ni. H e h e h e. Bila dah lama tak update ni, konon macam banyak cerita je nak kongsi kannnn tapi hampeh. H a h a h a. dua ribu lima belas, tahun beranjak takkanlah usia tak beranjak kan ? Takpe muda lagi. Baru dua puluh satu tahun jeeee. K e h k e h k e h. 


Okay, dengan kesempatan yang ada ni, AA nak mengucapkan TAHNIAH kepada classmates dan kawan kawan yang masih mengekalkan kedudukan sebagai deanlist. Alhamdullilah. Usaha kita telah membuahkan hasil. Haaa, kalau kalian nak tahu, semester lima yang lepas merupakan semester terakhir AA jumpa dengan classmates dan kawan kawan yang lain. Sebab ? Kini tibalah masa kami mempraktikkan ilmu yang kami belajar selama dua tahun setengah di tempat praktikal. AA harap semuanya berjalan dengan lancar dan Allah mempermudahkan urusan kita semua. 


Classmates semester limaaaa. 



abadi kenangan




selfie jemaah





boys.





kiri : puteri, sara dan AA. Ehh kenapa letak gambar ni ?
K. ni AA nak cakap kat put. Put, terima kasih untuk
semuanya dari semester dua sehingga lima.
Put dengar masalah cha. Put bagi nasihat even kita bukan
satu geng. Cop. bukan put sorang je. kawan kawan lain
saya pun nak ucapkan terima kasih kerana memberi kerjasama
sepanjang semester lima. Kepada anis, nawwar, diba dan
tiqa, terima kasih tau kauorang sebab bagi kerjasama
dalam group assgmnt. Hiks. 


Seterusnya, AA nak ucap terima kasih kepada zulaikha, izzatie, ayla, sis wawa, numan, alif, zaifarie dan luqman sebab meriahkan suasana pada hari itu. Uolls memang best lah. Sis wawa, saya nak cookies sis lagi boleh ? Sedapppppppp ! 


US, 


Gembira, gembira juga tapi jangan dilupakan pada saudara kita di pantai timur dan beberapa negeri yang dilanda banjir. Kalau ada rezeki lebih, marilah berkongsi bersama-sama mereka. Tidak terlambat juga untuk AA ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul. #Berselawatlah.Sekian sahaja coretan ringkas. Mohon maaf andai terkasar bahasa, terlantang suara, tersindir dan seangkatan dengannya. Moga kalian sentiasa di dalam jagaan Allah. 


aisyah aqila