Tuesday 31 December 2013

♥ 2 0 1 4 ♥


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang



Hi kacak dan cantik.
Salam Rantauan c':
Fi Hifzillah.



Selamat Tahun Baru c':
Happy New Year c':
Bonne Anne c':



Alhamdullilah. Kita diberi peluang untuk meneruskan wasilah. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita di dunia wal akhirat. Esok, 1 JANUARI 2014. Melihat facebook, twitter, blog, we chat, bbm, whatsapp, instagram, line dan pelbagai status di laman sosial, kebanyakkan manusia sibuk meng-hapdate status tentang 2014 termasuklah aku. kehkehkeh c':


2014 bakal mengubah segala-galanya. Usiaku akan mencecah 20-an. Pemikiran perlu matang dan positif. Tingkah laku perlu profesional dan berperikemanusiaan. Kesabaran perlu ditingkatkan. 9 JANUARI 2014, aku memasuki alam semester empat. Aku mengambil course Human Resource Management berserta subjects Business Communication, Introduction to Employment Law, Business Ethics, Personal Financial Management, International Human Resource Development, Basic Corporate Strategy dan Principle of Marketing.



Aku bersyukur dengan segala pemberian dariNya. Tidak mungkin aku akan membetah apa yang tertulis buat diri ini. Namun, aku tidak boleh cepat merasa puas hati dengan apa yang dimiliki. Aku sedar. Aku hanya peminjam. Segala pemberianNya tidak akan abadi untuk aku. Mohon ALLAH melindungi aku dari keangkuhan.




semakin naik semester.
semakin banyak cabaran.
semakin banyak masalah.
semakin banyak dugaan dan ujian.
semakin menguji keimanan.




Oleh itu, aku perlu bersiap sedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Untuk pretasi yang maintain, aku perlu menjaga kesihatan dan ibadah. 




Kepada buah hati kesayangan kakak :
Aiman Asnawi  - SPM - | Anis Afiqah | Ashwadi Ashraf - UPSR & UPSRA -
Selamat kembali ke sekolah.
study smart not study hard



Tatkala aku leka menjadi penghuni dunia yang masih bernyawa, aku berharap aku tidak lupa kepada mereka yang sudah tiada. Doa doa kudus dariku selalu dikirimkan. Biarpun tahun baru akan membuka tirai, aku berharap prinsip-prinsip diri ini tidak pudar. Semoga aku dapat menempuhi dengan tenang. Amin yaa rabb.



Aku bukan maksum. Aku pendosa. Jika manusia mencari sempurna, bukan aku tempatnya. Jika manusia hendak menjadi hakim dunia, bukan aku yang sesuai dikaitkan. Mohon tegur aku pabila aku tersimpang, tersasar, terkhilaf, terleka, terlupa, terabai dan pelbagai ter.



Sekian coretan dari rantauan buat pembaca tegar. Mohon maaf jika Terkasar bahasa. Terguris hati. Tersalah kata. Tersindir. Terperli. Yang baik datang dari ALLAH, Yang buruk datang dari aku. kehkehkeh c': Jumpa lagi. 



Aisyah Aqila



TERJAH SINI !