Saturday 28 December 2013

ALHAMDULLILAH ♥


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
*tarik nafas dan hembus*
Alhamdullilah aku masih bernyawa.


gambar hiasan.
syukur kepada Allah.
Sang Pencipta, Maha Agung.


Hi kacak dan cantik ! 
Salam rantauan buat semua.
*Fi hifzillah*
Harap kalian semua sihat. Amin.



Sudah lama,aku tidak ber- blog ni. Alhamdullilah,di kesempatan yang ada,akhirnya kita bersua kembali.Terima kasih kepada anda yang masih sudi menerjah blog ini.Aku mohon maaf kerana sudah lama tidak meng-hapdate.Maklumlah sibuk dengan cuti semester.Kehkehkeh.


*cuti semester*


Cuti semester merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh pelajar IPTA/S.Semester demi semester aku tempuhi,tidak lama lagi aku akan melangkah masuk semester empat.aku ulang semester empat.Ini bermakna aku ada lagi dua semester yang bakal ditempuhi kelak.*kembali* Apabila cuti semester tiba,aku yakin semua pelajar akan memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.Mungkin ada yang kerja.Tidak salah mencari pengalaman.Yeee dokk ?Mungkin ada yang pergi bercuti.Kononnya hilang stress.


*29 November 2013 – 24 Disember 2013*


Aku telah mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti semester di kampungku.KEDAH DARUL AMAN.Jauh dari kesibukan kota raya Kuala Lumpur. Memang best okay. *kongsi cerita*. Alhamdullilah. Seperti biasa,aku yakin kepulangan aku tidak akan membosankan kerana aku mempunyai sahabat-sahabat yang setia menemani aku. Di ruang kecil ini, aku nak ucap terima kasih buat zaid nabil sebab ambil aku masa aku memula sampai dekat Kedah. *Thank you babe* Terima kasih buat abdul labbaika, safwan dan muzzamir sebab teman aku pergi Amanjaya Mall dan Village Mall. Kauorang driver sejati aku ketika aku berada di Kedah. On call je, selalu ada kan. *Sahabat sejati*


pemandangan yang menyejukkan mata c':
rinduuuuuuu


*20 Disember 2013*


Sejujurnya aku galau. Hari ini keputusan semester keluar. Whatsapp,message dan bbm tidak henti-henti berbunyi. Huk alohhh. Menguji keimanan. Sabar aisyah aqila sabar *motivasikan diri sendiriAlhamdullilah.  *sujud syukur* Terima kasih ibu ayah | keluarga | pensyarah | mentor | sahabat dan semuanya. Tanpa nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan kalian, Aisyah Aqila tidak akan memperolehi keputusan seperti ini. Semoga Allah membalas jasa kalian. *Terima kasih di atas ucapan Tahniah kalian buatku*


Sekalung tahniah buat teman seperjuangan yang juga mendapat DEKAN, NUR ADILAH, SITI HAJAR AIDA, NORARINA, NUR AIFFA, NATASHA, HIDAYAH, PUTERI NADRATUL AINI, NURUL FAZIRA, NUR SYAFAWANI, INTAN ZAHURIN, SHAHRIL ANUAR, AMIRUL ASHRAF. Semoga kita semua dapat mengekalkan pretasi dan cuba mengurangkan kontroversi. Semoga teman seperjuangan yang lain dapat bersama-sama kita juga. *Usaha | Doa |Tawakal*


kiri : nor arina.siti hajar aida.aku.nur adilah


*21 - 22 Disember 2013*


Alhamdullilah. Aku menghadiri majlis perkahwinan junior teknikku.Raihan dan Puteri. Terima kasih sebab awak berdua sanggup jemput kak bend. Terima kasih sebab sanggup bersusah payah ambil kakak dari Sungai Petani, Kedah ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih sebab tumpangkan kakak di hari bahagia kalian. Jejaknya kaki ini di bumi Pulau Pinang,aku rasa gembira sangat.Jumpa sahaja keluarga puteri terutamanya mama, aku peluk macam taknak lepas -.- seghiusss ohh. Rindunyaaa. Ohya, terima kasih adik puteri sebab menyembang dengan kakak sampai kakak tertidur. cehhh ! letih k letih.


#selamat pengantin baru
#Semoga jodoh awak berdua kekal sehingga jannah
#Semoga kebahagian milik awak berdua
#Semoga menjadi suamisteri yang sentiasa menjalankan
tanggungjawab dan amanah Allah.
#loveyou.

*27 Disember 2013*


Alhamdullilah.Keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa *UPKK* untuk murid darjah 5 telah di umumkan.Adik bongsu kami, ASHWADI ASHRAF telah memperolehi 8A. Alhamdullilah. Inilah hadiah buat ibu dan ayah dari kami adik beradik. Kami tidak mempunyai harta yang hendak diberikan tika usia ini, hanya ini yang mampu diberikan untuk mengukir senyuman di wajah yang tersayang.


Tahniah adik.
#Teruskan usaha awak.
#Kami semua di belakangmu.

Hanya ini yang mampu dikongsikan. Terima kasih semua terutamanya kepada manusia yang tidak jemu menghadirkan diri ke blog ini. Mohon maaf jika ada kekasaran, terlepas kata, menyinggung perasaan, sindiran tidak bertempat dan kutukan mungkin. Yang baik datang daripada Allah, Yang buruk datang daripada Aku.  *lambai tangan*

Aisyah Aqila