Tuesday 9 September 2014

WIRAJAYA EXECELLENT CONSULTANCY (PART 1)



Hi kacak dan cantik !
#Lambai tangan. Berkaca mata hitam.
Alhamdullilah. Kita semua bersua kembali. Harap kalian semua sihat. Jangan jadi macam AA. Mata sakit :'c Jaga kesihatan kalian okay ? 


AA taknak bermadah panjang tanpa tiada tujuan sebenar. Ayuh baca entry AA kali ini dengan lebih teliti. Saya ulang, dengan lebih teliti. Hiks. *BajetGarang* Wirajaya Excellent Consultancy. Haaaaaaa. WEC adalah sebuah tempat melatih seorang fasilatator yang berkualiti. Awak, kalau quantiti banyak, qualiti tak ada, kurang mantap tahu ? Apa yang penting kualiti. Biar quantiti sikit tetapi qualiti hebat. 


Sebelum itu, bagaimana AA boleh terjebak di dalam WEC ? Ini semuanya gara-gara seorang sahabat bernama shahdan, sama-sama belajar semasa di high school setapak. Dia lah mengajak AA terlibat di dalam khursus fasilatator. Walaupun cara terjebak ini penuh tipu muslihat, saya redha ya Shahdan. Walaupun saya rasa nak tanam awak. *buatmuka*



Apa itu fasilatator ? Haaaa, kalau ditanya apa itu fasilatator, AA yakin kebanyakkan jawapan adalah
  • Membantu jurulatih melaksanakan tugasan
  • Alaaaa, fasi ni senang je, yang jaga-jaga orang tu. 
  • Fasi tu kan uruskan budak, guide budak.
  • Fasi tu bantu cikgu.
  • yang kejar famous tu fasi la. *penampar nak ?*

Jawapan di ambil daripada fasilatator-fasilatator pelbagai consultant. *tidak dinyatakan consultant apa* Sebenarnya fasilatator merupakan salah satu bidang yang baru dimana boleh dikatakan muncul di zaman teknologi ini. Tumbuhnya seperti cendawan diiringi pelangi. Tugas mulia iaitu penyambung dakwah Muhammad S.A.W. Bukan mudah hendak menjadi seorang fasilatator, banyak mata yang memerhati. Setiap gerak-geri dan setiap masa pula tu. Tak kira samada di dalam consultant mahupun diluar. 


Baiklah. Cerita tanpa gambar, tiada keseronokkan. Mari lihat beberapa gambar DR.Campsite Wirajaya Excellent Consultancy. 


Pintu Masuk ke DR.Campsite WEC. Nampak tak kawasan bersih ?
Ini bukan AA nak bodek. Dalam pelbagai consultant yang AA
pergi, WEC ini merupakan kawasan yang bersih. Sejuk
mata memandang.


Ini kawasan berkumpul. Untuk istiadat pagi dan beberapa aktiviti.


Ini juga salah satu kawasan lapang aka tempat tidur. HAHAHAHA


Ini kawasan ke kantin. Di luar kawasan, mesti susun kasut. Ianya
menandakan disiplin. Kalau tak susun kemas-kemas,
memang dicampaknya. 


Kawasan kantin. Pssttt, makanan pun sedap-sedap tahu ?
Saya berani jamin, setiap peserta yang menghadiri program di sini
tidak akan kelaparan. Percayalahhhhh !






Ini dorm bagi peserta. Jangan risau. Disini, ditatangnya penuh kasih
sayang. Dijamin tidur lena. Di dalam dorm ini, ada katil dan tilam yang empuk.
Ini kebenaran. 


salah satu suana di DR.Campsite. Nak tahu apalagi gambar, aktiviti dan
sebagainya ? Mehh sini datang. Bagaimana nak mendapatkan info lanjut ?
Sila ke website ini, http://wirajayaexcellence123.blogspot.com/



Haaaa, itu baru sikit jeeee tentang DR. Campsite. Terngiang-ngiang di telinga akan lima aspek yang penting iaitu, keselamatan, disiplin, ketepatan masa, kebersihan dan kesopanan. Di dalam banyak-banyak ilmu yang AA belajar dari pelbagai consultant, AA boleh jujur katakan WEC tak kedekut ilmu. Tidak lokek katekooo. Mereka tidak mengenal putus asa mendidik anak bangsa demi agama. Allahu rabbi. Luluh di hati apabila masih ada consultant yang mengingati tentang agama. Memang benar, kebanyakkan mengejar duit. Harta yang tidak kekal dan tidak berpanjangan, tetapi WEC mengajar ilmu sehingga akhirat kelak. Pedulikan apa manusia lain. Bersiap sedia dengan korban, hina dan hilang. Jujur AA katakan juga, AA jenis suka melihat, mendengar dan mempraktik. Tak ada guna bagi AA jika hanya salah satu dibuat tetapi tidak di support dari unsur yang lain. Apa pun, AA akan cuba yang terbaik.


Seperti biasa AA akan menceritakan pengalaman AA ketika berada di sini. AA mengikuti khursus ini pada 5 September 2014 sehingga 7 September 2014 *Jumaat sehingga Ahad* selama tiga hari dua malam. AA akan sedaya upaya berkongsi ilmu demi kebaikan bersama-sama.


5 September 2014 Jumaat


AA, Zulaikha dan Faiz tiba di perkarangan DR. Campsite pada jam 7.10 petang. Ketibaan agak lewat kerana bumi Kuala Lumpur dihujani dan kesesakan lalu lintas. Demi nawaitu yang hendak juga mengikuti khursus fasilatator, AA meneruskan perjalanan. Memang benar, andai nama telah dipilih oleh Allah, maka ada lah AA di situ. Alhamdullilah dipilih. 


Sila rujuk peta ni jika anda berminat ke DR.Campsite.
Saya berani jamin, anda pasti merasakan kelainannya. 


Khursus fasilatator (KF0509), leadernya Encik Nazrin, Pembantunya Cik Salina. Mana gambar ? Ikuti entry AA seterusnya, anda pasti tahu. Hikhiks. Khursus kali ini diikuti oleh 14 orang peserta yang dipilih oleh Allah. Tanpa keizinNya, AA dan kawa-kawan yang lain tidak akan sampai disini. Benar, bukan mudah hendak sampai ke sana dengan pelbagai halangan. Apa yang penting semangat. Tak guna kalau berkata-kata tapi tidak diiringi semangat. Ibarat tiada usaha tetapi berdoa.


Masa ini, jujur AA cakap macam manusia tak ada perasaan. Ikut je apa mereka beri. HAHAHAHA. Okay. Di sini, AA akan highlight aktiviti utama ya ? Pada malam pertama ini, kami diberi tugasan membentuk pasukan, membuat bendera pasukan, membina tepukan pasukan dan misi pasukan. Kami dibahagikan kepada tiga pasukan. Iaitu pasukan Leftenan Adnan, Y Fighter dan SPIES. 



Masing-masing berlumba nak selesaikan tugasan.


Mendengar taklimat. sesi perkenalan WEC. 


Bajet fokus memang fokus ni. Semua tak pandang camera katekoooo.


Ya encik hafiz ya. Kami fokus ni. 





Cepat sikit faiz cakap tu. Mengantuk dah ni. 



Haaaaa, encik nazrin dipakaikan ikatan leader tanda di lead kami
untuk khursus kali ini *tepuk tangang* pakkkpakkkpakkk



Seterusnya perlantikan presiden dan naib presiden. Heee. Maaf semua. Tiada gambar untuk tatapan. Anda akan tahu siapa mereka berdua jika terus mengikuti entry saya. Sebelum perlantikan kami juga diberi masa untuk memperkenalkan diri. Perlu memperkenalkan nama, umur, asal, kerja/pelajar, sebab apa mengikuti khursus ?, matlamat dan jawatan yang pernah disandang. Pada mulanya, AA akui AA taknak bagitahu jawatan apa yang AA sandang sebab bagi AA itu semua dah tak penting. Apa yang penting, sekarang dan masa hadapan. Kepemimpinan apa yang boleh AA bawa ? itu lebih penting. AA akui belum puas menyandang jawatan tertinggi namun untuk menyandang jawatan itu semua memerlukan keperibadian seorang pemimpin yang berwibawa. Sedar akan masih memperbaiki kelemahan diri ini membuatkan AA masih mencari ilmu lagi lagi dan lagi. Tanpa ilmu, ibarat tin kosong. AA taknak cakap lebih, tapi apapun tak ada. Menjadi pemimpin akan sentiasa di contohi. Bukan mudah tauuuuu.


Okay. Ini part paling menarik nak diceritakan. Pernah tak kalian pergi kem lepastu tidur di banih pokok ? AA dan kawan-kawan AA kena cegituuuuu. Memula memang di akui ramai merungut. Yelah. Dahlah hari pertama sudah diperlakukan sebegitu, namun ada pengajarannya. Apa pengajarannya ? WEC mengajar kami untuk bersusah payah terlebih dahulu dan kesenangan yang berkekalan. Jangan senang terlebih dahulu, tetapi susah kemudian. 





Lena kami diiringi bulan kiriman Allah.
Menerangi kegelapan.


Kemain lena lagi. Amboiii




Kiri AA dan kanan Zu. Dah la zu, kita jangan bajet boleh tidur.
Hahahahah. Lawak oh masa ni.











Haaaa. AA berhenti di sini. Entry Wirajaya Excellent Consultancy Part 1 akan di sambung di dalam entry seterusnya. Jumpa kalian di entry seterusnya ! Hehehehe. Assalammualaikum.