Tuesday 9 September 2014

WIRAJAYA EXECELLENT CONSULTANCY (PART 2)


Sambungan Wirajaya Excellent Consultancy Part 1.

Kematangan bukan terletak pada usia tetapi pada akal pemikiran. Jangan di sangka sudah berusia akan matang. Hidup ini tidak selalu indah. Adakala kepahitan yang hadir menyapa diri harus di telan. Kemanisan yang menyindir perlu beringat. Namun jangan pernah lupa mengucapkan Alhamdullilah tanda syukur di atas nikmat yang Allah berikan. Seterusnyaaaaa.

6 September 2014 Sabtu

Bangun pagi, selesai solat subuh berjemaah kami akan ada istiadat pagi. Dimana perlu menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri dan bacaan ikrar. Okay masa ni AA mengaku memang tak tahu lagu negeri Selangor. Jadi AA rasa AA lah yang paling menyepi. H e h e h e h e. Tak apa, AA akan belajar. Selesai sarapan pagi, kami diminta berkumpul. Seterusnya di beri tugasan explorer. Explorer ini berada di sekitar Hulu Langat Batu 14 sehingga Sungai Congkak. ya AA tahu jauh tapi AA tak pekak lagi tau bila dapat arahan seperti ini. Dah terasa 'Hi kaki ! Semangatlah dikau !' Tugasan ini bermula jam 0830-1230. Haaaa, nak tahu tak apa yang AA perlu cari semasa explorer ? Berikut adalah senarai tugasan : Anda perlu mencari : 

  • Sebuah keluarga angkat *perlu tahu latar belakang keluarga, bukti bergambar, makan sarapan pagi bersama keluarga angkat*
  • 20 biji gula-gula berlainan jenis
  • Sepasang kain pelekat
  • Serbuk kunyit
  • Teh/Sirap
  • Garam
  • Minyak Masak
  • Beras
  • 5 jenis buah-buahan 
  • Dapatkan seketul ayam bagi setiap ahli pasukan
  • Seekor katak
  • Bergambar dengan haiwan ternakan
  • Bergambar dengan bangsa melayu cina india
  • Bergambar di persimpangan sungai congkak
  • Dapatkan 3 flyers campsite lain
  • Senaraikan 3 sungai di hulu langat
  • Senaraikan 10 campsite di hulu langat
  • Milo Ais

Semua tugasan ini perlu dilakukan tanpa menggunakan sebarang wang dan penggunaan public transport seperti bus. Anda mungkin boleh membuat kerja amal bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut. Masa dapat je arahan seperti ini, sebenarnya AA suka. H e h e h e. Yela. AA kan bidang human resource, memang kena banyak berunding. Jadi AA gunakan kesempatan ini untuk beramah mesra dengan penduduk hulu langat. Seriously talk, penduduk-penduduk di sekitar hulu langat memang baik. Gambar pls. Nahhhhhh !


Ini lah keluarga angkat kumpulan AA. nama dia puan salmah
binti mohd uniang. mempunyai 4 orang anak termasuk 2 lelaki dan
2 perempuan. Mempunyai 8 orang cucu, 3 perempuan dan 5 lelaki.
salah seorang daripada anak mak salmah ini lumpuh :'ccc
Masa ini kami kan diberi tugasan bergambar dengan haiwan ternakan.
Apalagi, ayam mak salahmah lah jadi mangsa. Seekor betina dan seekor
jantan. Berlari satu rumah tau nak tangkap ayam ni.

Ni masa bersarapan bersama-sama dengan mak salah dan cucu mak salah.
Selesai bersarapan, kami bantu mak salmah menyapu halaman rumah,
basuh pinggan dan berselfie semestinyaaaa.

Setelah kami berjalan kaki dari hulu langat pekan batu berapa dah tak ingat
AA dan kawan-kawan rasa penat sangat.
AA punya tahap gila pun dah sampai. AA tahan lori, lepastu kami tumpang
sampai persimpangan sungai congkak. Ya rabbi, masa duduk atas lori tu
diaaaa punya tahap selfie beria sungguh.
dengan bajet bajet supergirl tak boleh terbang. Thanks apek sebab
tumpangkan kami.

Setibanya kami di pekan hulu langat, kami terus mencari tiga bangsa
untuk bergambar. Tak larat sengih dah aihhh. Tapi demi selfie, AAteruskan.
HAHAHAHAHAHHAHA.

Ini semasa kami berada di tempat pemotongan ayam. Hehehe.
Pakcik ni sporting angat angat. Dia cakap macamni 'meh tangkap gambar
dengan pakcik, bukan senang' Kami pun gelak jela. 

Ini kumpulanY Fighter. kalau tak silap, ketika ini
mereka di rumah keluarga angkat mereka. H e h e h

Rajin aihhhh fadil menyapu. Cehhhhh.

Ini Ezzati. 

Nisa yang sedang menuang air ketika di rumah ibu bapa
angkat mereka.Ketika ini hendak bersarapan pagi.
Yummm yummm.

Fadil ni sengih apa lagi. tolonglahhhhh nisa. eeerrrrghhhhhh


Pengajaran apa yang AA dapat untuk tugasan ini ? Pertama sekali, ketepatan masa. Bukan mudah nak set minda untuk sempurnakan tugasan seperti ini. Alhamdullilah kumpulan AA tiba jam 1228 manakala dua kumpulan lagi tiba jam 1230. Semua kumpulan tidak dapat menangkap katak. Ermmm. Mana nak dapat kan ? Masatu habis rumah kawasan masjid teluk kelubi tu AA dan kawan kawan yang lain geledah. Masa nak tak ada, masa taknak ada pulakkkk. Katakkkkkkkkk ! Pengajaran seterusnya kerjasama kumpulan. Jujur lah AA cakap masa ni kumpulan AA diibaratkan bergerak solo manakala dua kumpulan lagi bergerak duo. Sebenarnya bukan kami nak bergerak solo, Alhamdullilah pada masatu Allah bagi kekuatan kepada kaki kami, laju je jalan. Bukan niat nak pentingkan diri. Namun kami nak bersaing secara positif. Selain itu, semasa kami mendapat keluarga angkat, masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Sebagai contoh, kumpulan Y Fighter dapat ibu bapa angkat yang tidak mempunyai anak kandung. Apabila kemunculan mereka ketika itu, telah memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka. Apa perasaan kalian, dah berumah tangga sekian lama, namun tidak dikurniakan anak ? Pasti sedih kan ? Namun inilah salah satu ujian terhadap hambaNya. Menguji keimanan. 

Semasa mencari flyers untuk tiga campsite yang berbeza. kumpulan AA berpecah kepada dua.Nisa dan Adib manakala AA dan Syaf. Masa ini, AA dan Syaf bertemu dengan Faiz dan Eddy dari kumpulan leftenan Adnan. Kami bersetuju untuk berkerjasama dan berpisah setelah Faiz dan Eddy taknak ikut kami untuk pergi campsite seterusnya. Masa ni, AA dan Syaf pergilah satu campsite ni tau. Tetiba pemilik campsite tu cakap macamni : ampa dari kem mana ? kem ini sangat mahal tapi tak bersih *sindiran*, kem ampa bersih, ramai tak pi kem tu ? ada berapa program ? Tu aktiviti apa tengah buat ? dan macam-macam lagi, tapi AA dan syaf hanya mampu senyum.  Selesai mendapatkan flyers terakhir, kami terus berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang, kami dah lemah sangat. Kami tahan seorang penunggang motosikal wanita ni, niat dihati nak bertanya ada lagi tak campsite terdekat di sini, tetiba kakak yang bernama Farah tu cakap, 'marilah tumpang kakak' naik tiga oranggggg satu motor. AA punya seronok laaaa. HAHAHAHAHAHAHA. 

Selesai aktiviti ini, kami pulang ke campsite dan diberi tugasan lain iaitu mencari kayu untuk menaikkan api, membina gajet dan memasak. HAHAHAHAHAHA. ini seronok. bayangkan eh selalu memasak kat dapur semuanya ada, semuanya senang. sekali nak potong ayam kali ni dengan tak ada pengalas dan ayam tu tak keras. Ya rabbi, menyabar dooooo. Kumpulan AA masak air teh, bubur sup ayam dan ayam salai. Semuanya dimasak dengan menggunakan bahan pencarian explorer. Alhamdullilah memang sedap dan kenyangkan perut. Kenyang tauuuu uolssss bukan alas perut. H e h e h e h e. Selepas itu, kami bermain permainan garisan hati. Nak tahu apa itu garisan hati ? Haaaa silalah mengikuti program di DR.Campsite. Ikuti klik di sini

Malam.Kami punya aktiviti memang tak ada di mana mana tempat. Nak tahu apa nama aktiviti tu ? Aktiviti buat hal. Erm. Sedih tahu malam ni. Pertama kalinya, di dalam bidang fasilatator ini WEC lah consultant pertama yang buat air mata AA menitis. Drama sekejap. Beginilah sebagai kesimpulannya, setiap pemberian dari fasilatator sekecil-kecil zarah adalah amanah. Setiap pemberian mengajar AA dan kawan-kawan bagaimana kami menjaga amanah itu dan sejauh mana kefahaman kami akan amanah ini. Allahu akbar. Berat sungguh amanah ini. Diajarnya kami dan diperingatkan jangan kerana sekecil-kecil amanah yang diabaikan akan disoal di akhirat kelak. Allah rabbi. Bergetar iman ini mendengar seperti itu. Nak dijadikan cerita, malam itu berlaku perselisih faham yang hampir membuatkan kami berpecah belah sesama sendiri. Semasa malam luahan hati tu, boleh dikatakan majoriti daripada kami menangis. 

Apa pengajaran yang AA dapat ? Setiap masalah, dugaan, ujian, musibah yang menimpa jangan diselesaikan dengan emosi. WEC memang benar. Tidak mendidik kami dengan menyelesaikan masalah menggunakan emosi. Bukan itu sahaja, beranilah menanggung dan berhadapan dengan risiko dan akan datang. WEC juga mendidik kami di dalam menyelesaikan masalah mesti pandai berunding. Tiada guna kami berselisih faham dan menyalahkan antara satu sama lain. Kami juga diingatkan perlu menghormati guru. Guru adalah orang kedua selepas ibu bapa. Apabila seorang guru berada di hadapan dan berbicara, haruslah pelajarnya menghormati. Di sini,WEC juga mendidik kami memaafkan antara satu sama lain. AA akui bukan mudah hendak memaafkan kesalahan manusia lain dan perlu ikhlas tetapi di WEC perbuatan memaafkan kesalahan manusia lain sangat mudah. Teringat akan kisah Muhammad SAW, bagaimana beliau memaafkan mereka yang melemparkan najis, membaling batu, mengeluarkan kata-kata kesat dan pelbagai penghinaan yang beliau dapat, namun Muhammad SAW sentiasa memaafkan kesalahan mereka malah ketika mereka sakit, Muhammad SAW masih sudi menjenguk. Benar, kita semua bukan nabi atau rasul, tetapi setidak-tidaknya kita semua mencontohi pemimpian kita, Muhammad SAW. 

AA akui kelainan WEC dan consultant lain. Selama ini, AA melihat pelbagai perselisihan faham, namun kebanyakkan lebih memilih untuk bermasam muka, berbalas mengata antara satu sama lain dan menyindir antara satu sama lain. Tidak pula bagi WEC, mereka mengajar memaafkan dan cara berfikir lebih matang untuk menyelesaikan masalah. Hubungan kekeluargaan mereka terlalu erat. AA sendiri dapat merasakannya. Allahu rabbi, rahmatilah seluruh warga WEC agar dapat meneruskan tugasan fasilatator. 

Seterusnya aktiviti night walk. Aktiviti ini paling kurang digemari terutamanya bagi perempuan. Dapatkah kalian semua membayangkan permulaan aktiviti night walk di tanah perkuburan ? Allahu rabbi. 5 orang peserta lelaki di arahkan untuk duduk di salah satu kubur dan sedekahkan Al-Fatihah, manakala pelajar perempuan duduk berdekatan dengan tanah perkuburan diiringi bacaan zikirullah. Setiap seorang daripada kami akan dilepaskan seorang demi seorang. Bagi pengalaman AA sendiri, selama ini kebanyakkan AA buat aktiviti burung hantu, AA agak jarang bermain dengan night walk ni. Apabila diberi aktiviti ini, AA berkata 'inilah rasa sangat berseorangan tanpa ditemani ayah mak adik beradik keluarga sahabat'. AA berjalan agak perlahan juga kerana kaki dah mula rasa kejang, dengan semangat yang ada, AA teruskan juga. Setelah dikumpulkan di suatu tempat. Kami 14 orang ini, diberi tiga batang mancis dan dua batang lilin. Dengan masa lebih kurang 30 minit untuk menyelesaikan night walk kami. Perjalanan berkumpulan ini memang mencabar. Orang di depan terlalu laju, orang di tengah biasa biasa sahaja, orang di belakang lambat pula. Kami terpaksa set masa untuk menyelamatkan semuanya sempat sampai dengan masa yang diberi. 

Selesai aktiviti ini, kami diberi dorm dan tidur. Gambar *Maaf jika tidak ikut susunan aktiviti, saya mempunyai masalah teknikal*


Group AA paling cepat siap. Nampak tak rileks semacam
je ? Capat siap cepat rehat. 

Bahan semua dah siap,sekarang tinggal nak hidupkan api.
Maaf ya Y fighter dan leftenan adnan, bukan SPIES
taknak duduk berdekatan kalian masa ni.
Jangan salah faham. Kami memang nak masak depan dorm
lelaki. Tetapi angin terlalu kuat masa tu, kami taktahu
nak duduk mana,jadi kami parking dekat kantin.
Bukan kami nak anti-sosial atau apa.

Y Fighter yang dah siap masak. Peace !

Y Fighter !
Fadil yang bertungkus lumus mengikat gajet kumpulan
dan dibantu tiga orang supergirl. H e h e h e

Kami diberi duduk sebentar.

Alaaaaa,gambar kabur pulak. Tapi tak kesah. Nak letak jugaaaa
lalalalalalalala

Leftenan Adnan's team yang berkerjasama menyiapkan
tugasan gajet. Cayokkkkkk !

Barisan fasilatator dan pembantu leader. Bergambar haaaaa.
Promote ig.

Ni kumpulan AA. Nampak tak muka AA yang letih tu.
Adib, kenapa awak pandang saya ?
Saya malu tauuuu. HAHAHAHAHA.

Awak semua pandang apa ? Ermmmm. 

Istiadat pagi. 

Istiadat pagi. Smile. AA kan paling suka istiadat pagi. Taktahu la kenapa.
Mungkin sebab mengira tu ada lagu kot. Rasa ceria je. HAHAHAHAH

Cik Sal yang sibuk mengambil markah kumpulan hasil daripada explorer.
Candid tanpa dirancang yaaaaa. 

Menunggu giliran untuk diambil markah. 

Bob sebagai presiden yang didenda kerana amanah kumpulan SPIES
terlepas pada tangan Encik Nazar. AA dan kawan kawan nak cakap,
setiap kali bob dan syaf didenda dan sehingga makan diluar kantin sebab
kami, kami rasa sedih. Maafkan kami

Kumpulan Leftenan Adnan. Elly yang berjack sparrow dah haaa.
Mata dia sakit. Sekarang ni AA pula sakit mata. Berjangkit kata doktor.
Takapa, doakan kami berdua cepat sembuh okay ?

Seronok dah selesai tunjuk bahan-bahan explorer.

Bukan senang nak tengok lelaki memasak. Terharu sikit.HAHAHAHAHA

Tak sabar nak tunggu dah siap masak. 

Muka serious je lahai dengan arahan.

Ada leettuuu perbincangan pembantu leader dan yang lain. Takpe, jangan
menyibuk. 

7 September 2014 Ahad

Pagi terakhir khursus disusuli hati yang berat untuk melepaskan WEC. Semuanya lemah. Akativiti pada hari tersebut adalah juggle tracking dan beberapa aktiviti lain. Masatu semua orang dah penat tapi kami layankan. Masa juggle trackking adalah sunway lagoon percuma. Haaaaa, meh laaa datang DR.Campsite, nanti baru kalian tahu.Hehehe. 

Tibalah masa majlis penutupan. Selama tiga hari dua malam, AA akui AA tidak pernah bercakap di hadapan langsung. Boleh dikatakan AA sebenarnya mengambil peluang untuk belajar kerja berkumpulan. Teringat pensyarah semester 4 AA bagitahu 'Aisyah, kamu ni saya tengok tak sesuai kerja berkumpulan. Kamu more to individu. Mungkin sikap tegas kamu membuatkan orang tak suka. Takapa, kamu percaya karma Allah. Serahkan pada Allah. Sebenarnya AA sedang menyesuaiakan diri apabila diberi kerja berkumpulan. Boleh dikatakan dari AA ni jenis putih maka putih, tiada hitam. Biarlah manusia nak berkata apa tentang AA, janji AA jadi diri sendiri. AA tak salahkan mereka yang judge AA sebab mereka belum mengenali AA sepenuhnya begitu juga dengan AA. Hari terakhir inilah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata. AA bangun dan terus mencapai mikrofon. 

Ingatlah awak semua, apa yang WEC didik kita memang banyak kebaikan. Seperti AA kata, AA akui WEC sebuah consultant terbaik malah sebenarnya lebih hebat. Kita jangan lupa sampaikan apa yang mereka didik kita kepada masyarakat luar. Sebarkan dan berkongsilah ilmu dengan mereka semua. AA tahu tak semua pendapat  kita serupa tapi setidak-tidaknya cara kita bersatu hati untuk meneruskan bidang fasilatator ini.  Di hari terakhir ini juga kami diberi tugasan berlakon di hospital gila. Cerita diaaaaa, memang semuaaaa gilaaaaa. Video tak ada. Erm. Maaf semua. Gambar.

Ya saya tahu panas. Bersabarlah.


Peace ! AA akui best letak lumpur kat mukaaaa.
Nak lagi nakkkkk.

Beku leeetuuu. Patung kejap faiz.

Eddy awak nak berlari ke ? Apa encik nazrin buat pada
Fadil tu ? Diubahnya gerakan haaa

Cik Ayla dan Cik Nazar sempat berselfie masa kami tengah take cover.

Awak, tempat bergambar kat sana lah. Erm. Gambar ni tanpa muka kami juga
okayyyy. H e h e h e

Peaceeeee. Seronok juggle track haaa

Apakah yang awak berdua sedang buat ni ?
Ya Allah. Tolong jangan buat agenda ini di public okayy.

Formal laaa konon.

Buat O semua. O laaaa.

Tak boleh senyum sangat. Muka dah keras haaaa.

Semasa hari penutupan. 

Awak semua, panjang umur ada rezeki kita semua berjumpa lagi yaa.
Moga ukhwah ini tidak terputus.
Moga Allah memelihara ukhwah kita semua.
Moga Allah panjangkan ukhwah ini.


Baiklah sampai di sini sahaja nurkilan kerdil dari AA. Mohon maaf andai ada bahasa tidak terjaga, terguris hati saat berbicara, terlempar kekesatan ketika berkata, menyindir ketika bercerita. Diri ini insan biasa, manusia penuh noda dosa. WEC, teruskan mendidik AA dan kawan-kawan lain. Harap kalian tidak berputus asa demi mendidik anak bangsa, agama dan negara. Akhir kalam, Fi hifzillah.


Sekian.


aisyah aqila