Saturday 15 November 2014

KEM T.O.T KEPENGGUNAAN 2014



Hi kacak hi cantik!

Alhamdullilah. Kita masih bertemu lagi pada coretan kali ini. Moga kalian dalam jagaan Allah. Okay. Kali ini AA nak berkongsi pengalaman mengikuti KEM TOT KEPENGGUNAAN ini. Berikut maklumat kem ini:

  • Tarikh: 24 - 26 Oktober 2014
  • Tempat: FELDA TROLAK RESIDENCE PERAK
  • Anjuran: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
  • Dengan kerjasama: Gerakan Pengguna Siswa UNIVERSITI ISLAM ANTRABANGSA MALAYSIA dan KPTM KUALA LUMPUR.


Berikut adalah objektif program:
  • Sebagai medium untuk menyalurkan ilmu kepenggunaan dalam usaha memupuk masyarakat pengguna berkesedaran tinggi.
  • Memantapkan dan memperkasakan perlindungan kendiri pengguna di pasaran.
  • Mempersiapkan golongan mahasiswa agar menjadi kumpulan pengguna generasi baru dan bijak, rasional dan bertanggungjawab.
  • Mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, peka dan mempunyai semangat kesukarelawan bagi membantu melindungi pengguna daripada segala bentuk penyelewengan.


Jumaat 24 Oktober 2014.

3.00 petang - 5.00 petang : Bertolak dari KPTM KL dan pendaftaran masuk di FELDA TROLAK RESIDENCE PERAK.


5.00 petang - 8.00 malam : Urus diri dan makan malam.


Check in. Hehehe. Bilik ini dihuni oleh AA dan Tia
dari KPTM KL dan kak ain dan kak aida dari UIAM.

Alhamdullilah di atas nikmat yang Allah berikan. Sedap.
Kenyang. 


8.00 malam - 11.30 malam : Taklimat kursus, Sesi Pertama *Misi dan Visi Gerakan Pengguna Siswa* dan Sesi Kedua *Ice Breaking dan Pecah Kumpulan. Baiklah. Kumpulan AA disertai oleh sepuluh orang termasuk AA. Lima siswa dari UIAM dan KPTMKL. Empat orang siswa dan enam orang siswi. 



Sabtu, 25 Oktober 2014


7.00 pagi - 8.30 pagi : Senaman pagi dan sarapan pagi. 

8.30 pagi - 1.00 tengahari : Sesi ketiga *Penerangan mengenai HAK HAK PENGGUNA* dan Sesi keempat *Penerangan mengenai KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN* Ilmu yang disampaikan sangatlah berguna. 


Bagi penerangan HAK HAK PENGGUNA, kami diberitahu mengenai lapan hak yang penting iaitu: 
  • Hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan kesihatan. Pengguna bebas untuk memiliki dan menentukan baran dan perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa dan kemampuan masing-masing.
  • Hak untuk membuat pilihan. Sebagai pengguna, kita perlu mendapatkan maklumat yang benar, nilai yang baik, kualiti dan lain lain bagi sesuatu barangan dan perkhidamatan. Kita dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam membuat pilihan. Sebagai pengguna juga perlu membeli ditempat yang menawarkan mutu dan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diakui. 
  • Hak untuk mendapat ganti rugi. Antara tindakan sekiranya wujud kecacatan pada barangan atau perkhidmatan adalah jangan terima barangan berkenaan, beritahu kepada penjual dengan segera, dapatkan ganturugi sekiranya penjual bersetuju.
  • Hak untuk mendapat maklumat. Sebagai pengguna, kita berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang perlu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan yang tepat, bijak dan bertanggungjawab, jangan mudah terpedaya dan berbelanja apabila perlu.
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan selamat. Ini terbahagi kepada tiga iaitu barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, barangan makanan seperti pilih makanan yang segar tanpa bahan pengawet dan barangan elektronik seperti memastikan label SIRIM sama ada label 'MS', 'S', atau 'SIRIM' Listed Products'. Pastikan kita menerima "GUARANTEE dan WARRANTY' apabila membeli.
  • Hak untuk menyuarakan pendapat. Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh melibatkan diri dalam persatuan.
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna. Antara langkah dalam mempertingkatkan pengetahuan perlindungan kendiri adalah menyertai bengkel-bengkel dan seminar kepenggunaan, menghadiri pameran kepenggunaan, membaca majalah surat khabar risalah dan bahan bacaan yang memuatkan isu isu kepenggunaan dan melibatkan diri dalam aktiviti kepenggunaan.
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang menjaminkan kesihatan. Antara langkah yang boleh diambil adalah memberi sokongan kepada kempen kitar semula, menghadkan penggunaan bahan kimia berbahaya, melibatkan diri dalam aktiviti kebersihan kawasan dan mengelakkan pembakaran secara terbuka. 


Buat masa ini, hanya ini yang AA boleh kongsi buat kalian. Nanti AA update lagi ya ? *kenyit mata*


1.00 tengahari - 2.30 petang : Makan tengahari dan kemas diri. 


2.30 petang- 6.30 petang : Aktiviti Pengukuhan Kumpulan iaitu abseiling, obstacle course dan flying fox. Masa ini kumpulan AA juga sempat berlatih untuk persembahan malam nanti. H e h e h e h e h e 



Sarapan pagi ke makan tengahari ke makan malam ke, kami kena bersama
sama dengan ahli kumpulan. 



Kami bersama sama sebab nak markah. hehehehe. pemenang ada hadiah tau.



Aktiviti petang.




Sugar wise forever ever and ever la uolls. 


6.30 petang - 8.30 malam : Kemas diri dan minum petang.

8.30 malam - 11.00 malam : Sesi kelima *pengguna lestari atau latihan dalam kumpulan* Baiklah kumpulan AA dapat tajuk timbang dan sukat. Makanya kumpulan AA membuat dua jalan cerita yang berbeza di mana kami berpecah dua kumpulan yang akan berlakon tentang peniaga di pasar yang menjual harga ikan yang mahal dan penjual kain yang mengukur kain dengan pembaris yang tidak mengikut sukatan yang sepatutnya. 



Masih berbincang untuk plot cerita agar kami tidak kelam kabut.



MC kami yang kusyuk menulis. hehehe.



Barisan pelakon sugar wise!



Lakonan bermula.



Inilah kami. mewakili UIAM dan KPTMKL.



Terima kasih untuk kenangan ini.


Ahad, 26 Oktober 2014.


7.00 pagi - 7.45 pagi :  Sarapan pagi.

8.00 pagi - 1.00 tengahari : Sambungan aktiviti petang dan explorace kepenggunaan. 

1.00 tengahari - 2.00 petang : Makan tengahari dan kemas diri untuk pulang ke kuala lumpur.

2.00 petang - 3.30 petang : Penutupan kursus, penyampaian sijil dan pengumuman pemenang.

Alhamdullilah kumpulan AA dinobatkan naib juara. 


Sugar Wise 1



Sugar Wise 2



In KPTM we trust.







HERO KPTM



Sugar wise bersama sama fasilitator. Terima kasih akak!



us.



HEROIN KPTM


Terakhir. Selamat Tinggal. 



Eh siapa ni ? Ni lah roomates AA. kiri, TIA *KPTM*, Kak Aida dan Kak
Ain *UIAM*



Tipulah kalau tak rindu. kbai. iloveyougirls.


Sekian coretan buat masa ini. Jumpa lagi. Maaf jika ada salah dan silap. Semua yang baik datang dari ALLAH, semua yang buruk datang dari diri saya sendiri. 



Salam Rantauan.



aisyah aqila