Friday 14 November 2014

PROGRAM JALINAN MESRA ORANG ASLI


Hi semua!

Alhamdullilah bertemu kita di dalam post kali ini. 

Okay. Pengalaman yang AA akan berkongsi dengan anda semua pada kali ini adalah mengenai PROGRAM JALINAN MESRA ORANG ASLI. Program ini ditaja sepenuhnya oleh YAYASAN BANK RAKYAT. Program ini telah berlangsung selama dua hari satu malam pada 11 sehingga12 Oktober 2014 di Sekolah Kebangsaan Betau Lipis, Pahang. 

Program ini disertai seramai 50 orang murid yang melibatkan murid tahun dua sehingga tingkatan tiga. Untuk pengetahuan semua, sekolah ini merupakan sekolah asrama yang dihuni oleh murid-murid tahun satu sehingga tingkatan 3. Program yang dijalankan oleh pihak yayasan bank rakyat adalah mengenai kebersihan diri. Untuk pengetahuan semua, adik-adik di sekolah ni semuanya sporting. Mereka ni comel-comel tau. 

AA melibatkan diri secara langsung kerana bertugas sebagai fasilitator untuk program kali ini. AA bersama-sama sepuluh orang barisan fasilitator yang hadir daripada pelbagai Universiti. Sebelum terlajak bicara, AA juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak YAYASAN BANK RAKYAT yang memberi peluang kepada kami, barisan fasilitator untuk berkhidmat di bawah pengurusan ini. Terima kasih kepada Cikgu Fauzi, Kaklong, Lisa dan Kak Ain, Faizal, dan beberapa barisan urusetia yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menjalankan tanggungjawab. 
Terima kasih kepada sembilan orang barisan fasilitator yang mantap iaitu:
  • Khalid - Universiti Malaya
  • Helmi - Universiti Malaysia Sarawak
  • Amir - Utem
  • Azam - Utem
  • Syarafuddin - Politeknik 
  • Afiq - Uitm
  • Amira Zulaika - USIM
  • Irfan - Utem
  • Hazwani - USIM



Sabtu, 11 Oktober 2014. 


Ketibaan kami mewakili pihak yayasan bank rakyat pada jam 8 pagi disambut dengan meriah oleh seluruh warga SK. Betau. Sejujurnya AA cakap, murid dan penduduk orang asli di sini sangat ramah. Tapak kaki berpijak sahaja pada tanah di sana, kami semua terus melakukan tugas. 


Abadi Kenangan.






Banner rasmi program ini.


Banner ini sudah di gantung di belakang bahagian kantin sekolah
untuk majlis perasmian program.



Barisan yayasan bank rakyat, Guru Besar SK. Betau, Konvoi dan
murid-murid.



Cikgu Fauzi yang sedang memulakan aktiviti ice breaking.
Pelajar di bahagikan kepada lima kumpulan iaitu merah, merah jambu,
biru, hijau dan kuning. Satu kumpulan mempunyai sepluh orang ahli.



Berbaju hijau lumut adalah barisan fasilitator dan berbaju biru adalah
barisan mantap yayasan bank rakyat.
Kami menayangkan tanda nama kerana baru sahaja selesai aktiviti membuat
tanda nama. Tahu tak, adik adik ni kan semuanya kreatif tau. Malu jee. AA
sendiri tak sekreatif nak berbunga bunga macam adik adik ni.



Okay. AA mengambil alih tugas mengajar murid-murid SK Betau cara
memberus gigi dengan betul.
*gosok gosok gosok*
Di sini penerangan tentang penjagaan gigi juga diberi. Bukan itu sahaja,
kami juga memberitahu kepada mereka tentang pengurusan diri seperti
cara cuci tangan, sabun badan, memotong kuku, penjagaan rambut dan
diri dari segi perempuan dan lelaki.


ini antara aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti
mencipta robot.



Cikgu Fauzi yang bertanya kepada murid-murid tentang
robot yang dicipta dan fungsi robot. 



Sementara menunggu yang lain, akak AA ajak selfie kejap. pandang sini
semuaaaaaaa ! 


Ini tarian orang asli. Btw, suara adik-adik ni merdu. Lembut
jeeee. 


Peaceeee!



Masa tengah rehat ni la nak bergambar kejap. Hehehe.



Us ! Abadi kenangan.


Sudut kebersihan ini AA, zulaikha dan wani hiaskan buat adik-adik disini.
Hasil lukisan ini ditaja oleh din dan helmi. Barang kebersihan diri ditaja oleh
yayasan bank rakyat. 

Selesai kerja, selfie sikit. Korban masa makan tengahari sekejap, demi
anak anak tersayang. ehhh ! adik adik tersayang.



Hero hero datang untuk menulis ucapan
ringkas buat adik adik di sini. *ucapan
dirahsiakam* poyo!



Ahad, 12 Oktober 2014.



Senaman pagi ini di ambil alih oleh AA dan Khalid. Kami bersama-sama
seluruh warga SK. Betau. 



Selesai bersenam, kami buat karaoke sikit. Sementara menunggu yang lain.


Aktiviti menunggang motosikal besar ini memang best.
Barisan fasilitator dan konvoi bawa adik adik ni pusing
kampung. Malangnya AA tak sempat naik. Hahaha




Sementara menunggu giliran naik motor, aktiviti
diteruskan dengan game supaya adik adik tak bosan
menunggu.






Kami akan paling rindu adik ni. Nama dia Qaseh.
Comel kan ?




Qaseh ni pun boleh tahan nak ajak selfie kan. 







Geng, uolls pandang camera mana ni ? Gggrrr




Kami bertugas dengan hati yang senang. Dengan kerjasama.
Program berjalan lancar. 



'akak, nak camera'. aippp. biasaaaa diaaaa.




Peace.Nak balik dah. 




Bila nak balik, semua sedih. Ada adik adik yang menangis bila kami nak balik.
Mereka salam kami. Mereka peluk kami. Allah. Moga mereka sentiasa ceria
selalu. Akak AA, akak akak dan abang abang sayang pada awak semua.
Jaga diri. Belajar rajin rajin. 




Ini sahaja coretan kali ini. Mohon maaf andai terasa hati, tersalah bicara, terkasa bahasa, terlepas kata, tercuit perasaan dan seumpanya. Moga jumpa kalian di episod coretan akan datang.


Salam rantauan.



aisyah aqila