Wednesday 5 December 2012

♥ ANDA PERLU TAHU :) ♥


Hi handsome ! Hi cantik ! Semoga sihat dan ceria selalu ^_^V .Aku taknak cerita ketot panjang ..H o h o h o .Entry kali ini ,aku nak berkongsi tentang beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai oleh kauorang yang tengah hangat bercinta .

TIP KEKAL BAHAGIA BERSAMA PASANGAN

Sentiasa hubungi #tidak kira kauorang bercinta dalam jarak jauh/ dekat ,sentiasalah menghubungi pasangan kauorang .Kalau tak ada kredit/masa kee ,kauorang boleh buat message ringkas seperti  “selamat pagi /petang /malam” “HI” dan macam macam lagi. Kalau hubungi kat pesbok tak kena duit pun .Jangan harap sebelah pihak sahaja yang menghubungi.

Jujur #setiap perbuatan yang dilakukan /percakapan yang dituturkan perlu la jujur .

Segera beritahu sesuatu sebelum pasangan syak yang tidak baik #sebagai kekasih yang sayang tahap gila dekat kekasih kauorang ,kalau kauorang ada buat sesuatu macam “pergi study /kerja dengan boboi/gegirl lain” segera maklum kepada pasangan agar tiada salah paham.

Beri peluang dia menebus kesalahan #tipu kalau manusia tidak buat silap .kan kan ?Haa ,kauorang bagi laa pasangan kauorang tebus kesalahan dia .Jangan ingat kauorang tak pernah ada salah.

Saling mempercayai antara satu sama lain #mohon buang jauh sikap suka meragukan pasangan .

Cuba ingat tarikh penting  #peringatan kepada pihak lelaki ,perempuan paling suka kalau kauorang yang wish dan ingat semua tarikh penting dalam hubungan .Seperti tarikh ulang tahun hubungan dan ulang tahun kelahirannya.

Sentiasa memberi kata kata semangat #kauorang boleh bagi semangat untuk segala kerja /belajar /aktiviti yang baik kepada pasangan.

Berbincang sekiranya ada masalah #lelaki ,jangan terlalu ego .perempuan ,jangan terlalu merajuk .Bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian.

Bertanya sesuatu yang musykil daripada menuduh #Tuduh menuduh tak baik kan kan ?Daripada kauorang menuduh tak tentu hala dan boleh buat diri menyesal dengan kepiutusan yang dibuat lebih baik kauorang bertanya.

Berikan dia masa untuk bertenang sekiranya dia mempunyai masalah peribadi # Tak bermakna kita teman hidup si dia kita boleh masuk campur hal peribadi yang sememangnya kita tak perlu masuk campur .Seperti masalah keluarga ,masalah harta dan segeng dengannya.

Elak melakukan kesalahan dan kesilapan berulang kali #Semua orang tidak suka melakukan kesilapan yang berulang kali .Contoh ,tidak tepati janji dan segeng dengannya.

Kenalpasti perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan #opkos ,kauorang kena tahu .

Elak melakukan perkara yang tidak disukai oleh pasangan #LOLs .kalau pasangan kauorang memang tak suka ,elakkan daripada melakukan perbuatan itu .Contoh paling simple “tergedik dengan boboi /gegirl lain” Hee Hee Hee .

Elak mengungkit kisah lama/kisah hitam pasangan bersama ex mereka #kauorang suka tak kalau kisah lama bersama ex kauorang ditanya oleh pasangan kauorang ?Tak kan ?So ,janganlah tanya .

Apabila bergaduh,ingatlah semua kebaikan yang pernah dilakukan oleh pasangan #Kalau gaduh sikit sikit ,jangan laa nak terus putus .Tahu tak nak dapatkan pasangan susah ?Cuba hargai pengorbanan si dia .Alololo ,kenanglaa segala kenangan manis ketika bersama sama.

Terima kekurangan dan kelebihan pasangan #Manusia tidak sempurna .Allah menciptakan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi bukannya menyakiti.

Setakat ini sahaja beberapa tip aku boleh kongsikan .In Shaa Allah .Kalau ada masa kelapangan ,aku akan tulis entry beberapa tip yang lain .

“AA , kitaorang pun ada tip juga laa .Boleh share tak ?”

Ooohoi ,boleh jee .Segala penambahbaikan dialu alukan .Dengan aku tak ada hal laa .Cun ?Kauorang boleh komen ataupun letak jee kat chat box .Okayy ?

“AA ,boleh kitaorang copypaste ?”

Boleh sangat .Kalau kauorang nak tulis dalam blog .Please tulis credit to Aisyah Aqila sekali link blog .Kalau nak naik status kat pesbok ,twitter , BBM ,WhatApp ,Dinding ke apa ke boleh jee .Aku tak kedekut kalau bab nak kongsi benda baik .

Terima Kasih atas kerjasama .Aku minta maaf kalau ada buat salah dan terkasar bahasa dalam entry yang ditulis .Semoga Allah sentiasa bersama sama dengan anda .Amin Ya Rabbal Alamin .

Sekian.

Do Visit Or Follow My Second Blog Too :)
http://sukadukaaisyahaqila.blogspot.com/