Friday 26 September 2014

Indahnya Sebuah Persahabatan




Hi Kacak ! Hi Cantik !
*lambai tangan*
Sihat ? Alhamdullilah. kepada mereka yang kurang sihat tu, jangan lupa makan ubat. Jaga kesihatan okay ? Sekali lagi kita bertemu pada hari ini. Harap awak semua masih sudi membaca secebis coretan kudus dari AA. Hiks. *acah acah sasterawan*



Indahnya Sebuah Persahabatan




Apa itu sahabat ? *siapa nak jawab, angkat tangan* 
  • Sahabat itu sentiasa bersama-sama di kala suka dan duka.
  • Sahabat menerima kelemahan dan kelebihan diri kita.
  • Sahabat ialah manusia yang setia menemani di sisi tidak kira walau apa jua keadaan.
  • Sahabat sejati sukar untuk dicari dan mustahil untuk dilupakan.
  • Seorang sahabat nilainya lebih baik daripada seribu kawan yang mementingkan diri.
  • Sahabat yang baik itu anugerah, tidak perlukan yang berserban mahupun berpurdah, cukuplah yang selalu membimbing kita ke jalan ALLAH.
  • Sahabat ini ibarat pensel warna yang mempunyai pelbagai warna yang saling mewarnai antara satu sama lain agar hidup kita ceria.
  • Sahabat adalah manusia yang membantu disaat kita jatuh, lemah dan meremehkan.
  • Sahabat baik tidak mengenal perkataan 'menyusahkan'.



Enam Belas September Dua Ribu Empat Belas
Selasa




Pada hari ini, AA dan sahabat-sahabat Wirajaya Excellent Consultancy (WEC) buat sesi perkenalan antara KF 2014, walaupun tidak ramai dapat menghadirkan diri tetapi kenangan ini masih terus dilakarkan di dalam hidup AA dan mereka. Kami telah berbincang dan bersetuju untuk berjumpa di Taman Tasik Titiwangsa. Sebenarnya tidak sangka betul, hari ini ramai orang c': Dalam masa yang sama dapat juga la AA lepas rindu kat sekolah rendah AA di SK Jalan Kuantan (1) yang kini menjadi sekolah asrama 1 Malaysia untuk pelajar-pelajar hoki kebangsaan. H e h e h e h e h e #Inisemuapoyo.




Nahh AA belanja satu gambar. Lawaaaa dokkkk ? Kehkehkeh.


Kami bersetuju untuk berkumpul di tempat satay bahagian dalam, tempat yang ada surau. Jadi tepat jam 1700, AA, zulaikha, farah dan izzatie pergi selesaikan solat asar terlebih dahulu. Selesai solat asar, kami menunggu adib, fadil, ayla, en. nazrin, en. hisyam, en. jimmy, elly dan eddy. Dalam jam 1600+ kami berkumpul di tengah tengah tasik titiwangsa.




Ni dekat belah hujung tengah-tengah tasik, tak ramai sangat. Susahnya
lahai cari port masatu.


Haaa, tudung hijau tu AA, belakang elly, tepi farah. Lepastu,
berbaju hitam berbeg tu eddy sebelah adib belakang fadil. Konon cari port
gitu.



Sebelum terlupa, en nazrin terima kasih belanja kami semua aiskrim. Nakkkkk lagi boleh ? H e h e h e h e. Okay lepas dah dapat port baik, kami semua terdampar laa di atas rumput hijau. Sejuk mata memandang tauuuu. Kami ni bukan sekadar datang berkenalan je, siap ada aktiviti lagi. H a h a h a h a. Masa kami buat aktivitikan ramai je tengok. *acah acah malu*




Selfie sat dulu sebelum mulakan aktiviti. Bila lagi nak selfie berjemaah ni.
candid angat angat.




AA memang suka ambil gambar masa semua busy ni. Lagi comel gambar
candid tauuu.




Pandang sini semua. 1 2 3 clickkkkkk. Okayyyy. Lets start our ektiviti gituu.


Ni semua tengah berat lagi nak bangun buat aktiviti. Ish cepatlahhh.
exciteddddd pls.




Nama permainan ni, tunang, kahwin, cerai. Ni gambar bersama pasangan
masing-masing. Nasib AA tak nampak dalam ni.
H A H A H A H A H A
Siapalah pasangan AA yang bertuah tu kannn.



Haaaa tengok, baru main sikit, dah duduk balik. Tapi best bersantai je.



Masa ni dah nak maghrib, cepat cepat kami habiskan aktiviti.




Ini antara pasangan yang berjaya mencari pasangan. H A H A H A




Ini tinggal ayla sorang je perempuan, jadi en jimmy
dan adib perlu mengejar ayla bagi mendapatkan
pasangan. masani, en. jimmy mengalah. Dia suruh adib
kejar, H A H A H A H A H A



Wajah wajah yang masih meneruskan permainan ni. AA dah kalah masani.



Okay. Sebenarnya banyak lagi permainannya, tapi AA taknak mention. Nak tahu juga ? Haaaa marilah sertai program-program WEC. Lawati laman web Wirajaya Excellent Consultancy . Tunggu apa lagi dapatkan maklumat lanjut di sana. AA jamin anda akan berpuas hati. H e h e h e h e. Maaflah TERpromote. Seperti yang AA pernah cerita sebelum ini, WEC ini sebuah consultant yang memberi ilmu tanpa mengira penat. Apa yang AA nak bagitahu, pengajaran yang AA dapat masa permainan-permainan ini dimainkan adalah nilai persahabatan. Tahu tak, masa en nazrin ke ayla eh yang cakap *lupa pula* dari segi permainan ni lah kita boleh menilai sejauh mana pengorbanan seorang sahabat yang sanggup berkorban ketika ada selisih faham. Teringat pesan en nazrin, kita mengalah tak semestinya kalah. Memang betul, kita mengalah pada ego manusia yang tinggi tak semestinya kita kalah dan kita pun tak rugi apa apa. Sebut pasal sahabat, AA teringat arwah seorang sahabat, nama dia Aishah. Arwah meninggal masa AA form 4. Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya dekat jambatan Pulau Pinang. Masa dapat tahu arwah accident, memang luluh jantung AA sebab arwah seorang yang baik. Solat tak pernah tinggal, selalu mengaji, pelajar cemerlang dan selalu ingatkan AA dan sahabat lain tentang ALLAH. Dulu arwah satu dorm dengan AA masa di teknik. Apa yang AA boleh kongsi, pada hari jumaat masa pengumuman asrama arwah Aishah dah pergi meninggalkan kami semua, AA jadi memberontak. AA jadi tak boleh terima hakikat. Apa yang AA tahu masatu, AA dah hilang seorang sahabat yang terlalu bernilai. tapi ALLAH sayang arwah, ALLAH ambil arwah dari AA. Allahu akbar. AA memang tak boleh gambarkan perasaan sebak AA macamana masatu. Seluruh dorm menangis. Kami memang benar benar kehilangan arwah. Paling terasa, arwah dah lah sedorm dan sekelas dengan AA. Allahu akbar. Paling terasa bila ibu ayah arwah tak bagi kami susah hati. Sedangkan hati sendiri memberontak sedih. Kenyataan ini sukar bagi kami.



Aishah, empat tahun hang berlalu tinggalkan kami semua.
Empat tahun kami hidup tanpa hang.
Kehilangan hang buat kami semua terasa.
tapi hang jangan risau,
Doa kami sentiasa ada untuk hang.
ALLAH.
Ampunilah dosa dosa arwah.
Lapangkanlah tanah kubur arwah.
Jangan biarkan tanah menghimpit tubuh arwah.
Tempatkan arwah di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
Amin.
AL-Fatihah







Jadi, sebagai konklusinya sementara ALLAH anugerahkan seorang sahabat yang baik hargailah. Sahabat yang baik tidak akan pernah mempertikaikan kekurangan diri kita malah melengkapi kekurangan itu. Sentiasalah bersama-sama sahabatmu. Terima kasih WEC sebab mengingatkan AA tentang pentingnya sahabat. Terima kasih. Semoga ALLAH membalas jasa kalian.




Haaaa, dah takmau sedih. Takmau mengalir air mata. Kena kuat. Sambung. Lepas je aktiviti tu, kami semua selfie tanda kenangan. Meh sini AA belanja gambar. H e h e h e h e.




Bajet ada lampu oi. Apapuntakboleh.




Ini geng lelaki. cover handphone yang ada flash. Cissss.




Bukan nak kata apa, gambar tanpa AA tak lengkaplaaaaaaa.
H A H A H A H A H A
gurau gurau. jangan ambil hati okay ?




Apa lagi tu ?




Titanic sama jantina.
Titanic Titiwangsa.
Berbaju merah, en hisyam.
Berbaju biru, en jimmy.
Gambar ini memerlukan kanak kanak di bawah 18 tahun
mendapat bimbingan daripada ibu bapa.




Selesai solat maghrib. Kami mencari kedai makan.
Kami semua order Char Keow Teow.
Sedap okay sedap. Pls laaa makan kat kedai yang dekat
dengan SK jalan kuantan (1) ni.




Menunggu makanan dengan penuh kesabaran.




Bila dah kenyang, selfe lagi ? pun boleh.




Masa ni pun belum sampai lagi makanan. Burger AA dan izzatie buat perhiasan.




Lapar laaa lapar. mana makanan ni ? erm


Dengan berakhirnya gambar kami tadi, maka berakhirlah kisah kami pada hari ini. Akhir kata dari AA, menjalinkan sebuah persahabatan itu terlalu sukar kerana ia adalah pertautan hati dan bukannya pertautan fikiran, lebih lebih lagi hubungan itu bukanlah kerana kebendaan. 



Sayangi sahabat di dunia dan akhirat.






Mohon maaf andai terkasar bahasa, menyakitkan hati, terlancang berbicara, tergores perasaan dan seumpanya. Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari AA.



Sekian. Salam Rantauan.



aisyah aqila