Friday 26 September 2014

Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.




Hi kacak Hi cantik ! c':
Cakkkkkk ! Jumpa lagi. H e h e h e h e. 



Kali ini, kenangan di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan menjadi pilihan AA untuk dijadikan cerita. *karangan laporan* Tugasan kali ini diketuai oleh En. Shahdan aka kawan high school era 2012. kehkehkeh.



20 September 2014 (Sabtu)
 
Rekreasi ke Sungai Chiling ini disertai seramai 16 orang iaitu En. Nazrin, En. Shahdan, En, Hisyam, En Jimmy, En Danial, Cik Sal, Ayla, En Nazim, Cik Izzatie, Adib, Eddy, AA, Salwa, Ayla, Bob dan Fadil. Kami bergerak ke sana secara konvoi dengan tiga buah kereta dan sebuah motosikal. Pada mula kononnya kami nak berkumpul di Masjid Teluk Kelubi tapi kesudahnya berkumpul di pejabat WEC di Ukay Perdana. Kesian mereka, tidur lambat sebab ada kerja yang perlu diselesaikan. 



Tahu tak, seawal jam 0500+, ayah hantar AA pergi masjid kelubi, tiba-tiba dapat pesanan ringkas dari ayla berkumpul di pejabat. Masa nak patah balik ke Ukay Perdana, pagi tu hujan lebat sangat. AA terus ajak ayah balik dengan dan kuyup haaaa. Jujur, masa tu dah patah semangat :'c ingatkan dah tak dapat pergi. Lepastu En. Shahdan, Ayla, Bob dan Adib tanya kat mana ? AA jawab la dah kat rumah, rasanya tak dapat pergi *hambar*  lepastu En. Shahdan cakap tunggu kat bawah rumah, kami datang. Masa tu terus semangat. Seronokkkkkk. Memang betul la mereka ni mengutamakan ukhwah. Sanggup tolong ajak nak pergi sekali juga macamana sekali pun. AA decide nak tunggu dekat Felcra. *0720 - 0740 menunggu* Menunggu dengan penuh kesabaran. Lepastu tiga buah kereta ni memang betul-betul datang. Ya ALLAH. Uolls memang tidak menghampakan. 



Kami memulakan perjalanan dalam jam 0800+. Perjalanan kami memakan masa selama dua jam macamtu. Dalam 1000+ kami tiba di sana. Dalam perjalanan ke sana, memang tidak membosankan. Dihiburkan dengan suara-suara mereka yang menyanyi ni. Okay, AA naik kereta dengan En. Danial, En Jimmy, Cik Salina dan Salwa. Mereka ni lah yang rajin menyanyi. Jujur AA cakap, AA diam je masa tu. Rasa bersalah macam menyusahkan mereka datang ambil pun satu hal. Terima kasih awak semua. Terima kasih. 



Kami tiba di sana dalam jam 1000+, lepas je dapat parking kereta, perkara pertama yang kami buat adalah s e l f i e. H A H A H A H A. Biasalah #teammengesotkateko. Haaaa meh meh, AA belanja gambar.



Tadaaaaaa. Jemput masuk semua. 






Kami selfie depan pintu masuk tu tak lama sebab nak kejar masa untuk sampai ke air terjun. Perjalanan kami ke kaunter lebih kurang 10-15 minit. Ini kerana dalam perjalanan pun sempat lagi selfie. Okay. Masa nak buat pembayaran, kami kan diminta oleh akak dekat kaunter tu nak check barang makanan kalau ada. Satu barang RM 3.00 :'((( Masa tu kami ada 19 barang. Kena bayar RM 50.00 akak tu cakap kalau salah satu sampah daripada makanan kami ni hilang duit tu jadi milik mereka. Waaaaaa :'(((( Masatu dengar macam 'ish, akak ni ajak gaduhla' tapi apa pengajaran yang kami semua dapat adalah bersama-sama menjaga alam sekitar dan mendisiplinkan diri. Jangan nak buang sampah merata-rata dan berani bertanggungjawab dengan sampah yang hilang. Demi menyelamatkan duit RM 50.00 kami semua bersatu menjaga semua sampah plastik makanan tauuu. Bagus juga kalau begini kan ? Yedokkk ? 



Suasana di Sungai Chiling ini diiringi suara merdu dari aliran sungai. Memang tenang. Masa nak sampai di Air Terjun Sungai Chiling, Ya ALLAH rasa lama sangat perjalanan. Bila balik sekejap gilaaaaa -.- 



Jambatan goyang-goyanggggg :D




Model Jambatan Sungai Chiling 2014.



Antara lintasan yang perlu kami lalui. Lintasan di sini ada lima. 



Berbatu batu perjalanan kami.



Ayuh teruskan perjalanan.
Biarpun batu ini dikatakan menjadi penghalang, namun kami tetap
meneruskan perjalanan.



Jangan ingat dah tengahari, air disini tak sejuk. Tak payah pergi korea ke
london ke, sini pun boleh merasa sejuk.
Original.



Ikan ikan.

Masa kami jalan, En Nazrin campak roti, ikan geletek kami terus.



Gambar Hiasan 

Ini bukti kami meredahi lintasan yang ada.

Kiri En. Nazrin. En. Nazrin nilahhh yang handle kursus fasilitator AA.
Kanan En Shahdan -.-



Bukan nak cakap apa, air sungai agak deras, agak dalam bagi perempuan
yang memiliki ketinggian yang comel seperti kami.



Patutlah  lambat.Ohhhhh. Selfie haaaa.



Dah nak sampai ni. Panjat panjat.



Ini En Nazim. Jurugambar khas diimport dari WEC.
Takpayah bawa camera, laptop lagi cun.







Ini lah laluan permulaan kami. Lintasan pertama. Masa
kami balik, ramai-ramai menyanyi. Sampai ada apek tegur
banyak gembira.


Selfie lagi selfieeeee.



Tadaaaaa !
Bukti kami sampai di air terjun. Sebelum mandi, kita bergambar dulu.
H e h e h e h e h e


Masa tengah seronok mandi, hujan turun, ALLAH
Redha. Sebelum jam 1430 kami membuat keputusan
untuk pulang. Ini masing masing tengah bersiap.



Semua dah bersedia untuk keluar.



Selamat tinggal Sungai Chiling. Ada rezeki, jumpa lagi. 


Selesai menunaikan solat, kami pulang. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami singgah di Empangan Kuala Kubu Bharu. Air empangan susut :((( Walaupun macamtu, SUBHANAALLAH indah sungguh ciptaan ALLAH.


 
Barisan si gagah perkasa.



Yang perempuan sod ba ro yaa menunggu masa bergambar.



Lawa kan permandangan di belakang mereka ni ?



apa bikin ?



Gaya muslimah pun boleh.



Power Rangers ke macamanani ?



Sabarlahhh. Tak get ready lagi laaaaa. ishhhh. 


Selesai bergambar, kami pulang. Dalam perjalanan pulang hujan lebat sangat. Sangat. Sangat. *En Danial suruh cerita pasal accident* H A H A H A H A #Teammengesot #Teambalai. Okay ceritanya macamni, masa hujan lebat tu, Diringkaskan, masatu AA memang ingat kejadian accident tu berlaku macamana. Hujan lebat kan jalan licin. Masatu En Danial dah break. Siap tarik hand break. tapi dah ALLAH kata nak berlaku jugaaa. DUUUMMMM. Kereta En Danial cium belakang kereta depan kami. Gelabah juga lah masatu. AA duduk tepi, tengah Cik Salina dan kanan Salwa. AA risau sangat kat Cik Salina, dia duduk tengah, nak tarik Cik Sal pun, AA sendiri tersepit kat seat En. Jimmy *bukan pemandu* dengan masatu kepala En Jimmy terhantuk kuat juga la. Mendapatlah piala bengkak kat kepala. Pakcik tu terus keluar kereta, dengan muka ketat je. Lepastu geramnya ada pakcik ni datang mengapikan keadaan. Terus ajak ke balai polis Rawang. Balai Polis tau balai polis :'((( Masa ni kan, AA memang terharu. Bukan senang, ada sahabat yang susah senang bersama-sama. Kami pergi 16 orang dan kami pulang dengan 16 orang juga. Kami tunggu sehingga urusan En. Danial selesai. Dengan keadaan agak kelam kabut. Semua mengawal emosi masatu. Kalau ikut hati, memang kena dah pakcik tu. Bukan teruk pun kereta dia. Sabar je la. Terus jadi trauma juga laa AA dibuatnya. Selesai urusan di Balai Polis Rawang, kami semua terus pulang. ALHAMDULLILAH. Semuanya sampai dengan selamat.


Haaa begitulah ceritanya. *tepuk tangan* dah habis. H e h e h e h e. Rasanya sehingga di sini sahaja cerita dari saya. Minta maaf ya jika ada bicara tidak terjaga, jika ada bahasa dilafaz secara tidak sengaja, jika ada hati terasa sentap dan seumpanya. Saya manusia yang melakukan dosa tanpa nokhtah. Maafkan saya. 



Sekian. Salam Rantauan.




aisyah aqila